in

Lelaki Penyayang, Jika Ada Anak Isteri Bolehlah Tolong Sikat Nanti – Netizen Puji Abang Barbie

Siapa sangka aksi spontan yang bersahaja seorang lelaki yang pada ketika itu sedang menyikat rambut anak patung Barbie telah menjadi tular dan turut tarik perhatian netizen.

Rakaman video yang berdurasi 15 saat itu memaparkan Muhammad Firdaus Mohamad Razali, 28 yang sedang bermain dengan anak patung tersebut langsung tidak menyedari akan aksinya dirakam oleh jiran baiknya seorang perempuan.

Selepas mengetahui dan menyedari akan kelakuannya itu sedang dirakamkan oleh wanita tersebut, Firdaus dengan segera berhenti dan meletakkan anak patung itu ke tepi. Malu agaknya!

Ekoran viral rakaman tersebut, rata-rata netizen dilihat mula memanggilnya dengan gelaran sebagai Abang Barbie. Mereka juga terhibur dengan aksi jirannya itu yang dikenali sebagai Melor Kaza kerana ketawa ‘tak ingat dunia punya’.

Namun, lelaki ini turut mengakui dia begitu merasa malu selepas video tersebut tersebar kerana bimbang akan ada pihak tertentu yang tersalah anggap dia bersifat feminin.

“Mula-mula rasa malu sebab saya bukan suka bermain anak patung seperti yang dirakam dalam video tersebut.

“Ia cuma perbuatan spontan yang dilakukan sewaktu sedang menunggu ketibaan pihak bomba kerana rumah jiran saya dimasuki ular,” ujarnya kepada Mstar Online.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang memuji Firdaus kerana mempunyai ciri-ciri seorang bapa dan suami yang baik.

“Ada ciri-ciri kebapaan. Kau kena perhatikan mana-mana lelaki ada tak yang macam ni..”

Ada juga netizen wanita yang seolah-olah berasakan sudah menemui jodoh mereka. Memang lucu!

“Siapakah gerangan empunya badan saudara kacak lagi penyayang ini? Tulang belakang saya bergetar…Jantung pula berdegup kencang saat melihat wajah saudara..”

Mereka juga terhibur dengan gelak tawa daripada wanita bernama Melor Kaza.. “Hanat betul yang gelak besar tu..”

Apa pun, bak kata jejaka ini, hobi sebenarnya adalah bermain permainan video bola sepak, Fifa. Jadi jangan salah faham ya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0