in

Lelaki sembah syaitan dakwa terdengar bisikan, mengaku bersalah tembak mati 2 mangsa

Lelaki sembah syaitan dakwa terdengar bisikan, mengaku bersalah tembak mati 2 mangsa

Adam Rosenberg mengaku bersalah atas dua dakwaan pembunuhan tahap pertama.
SEORANG lelaki yang mengaku sebagai penyembah syaitan mendakwa terdengar bisikan sebelum dia bertindak menembak mati dua individu.

Adam Rosenberg dari Fox Chapel, Pennsylvania mengaku bersalah atas dua dakwaan pembunuhan tahap pertama dalam perbicaraan mahkamah baru-baru ini.

BACA : Tidak Puas Hati Pembahagian Harta, Ibu Berusia 68 Tahun Dikerat 15 Bahagian!

Lelaki berusia 23 tahun itu dilaporkan telah disahkan menghidap skizofrenia, gangguan psikotik dan mahu menjadi pembunuh bersiri.

Pada 21 Disember 2019, pendakwa raya berkata, Rosenberg menembak Christian Moore-Rouse di bahagian belakang kepala sebelum menyembunyikan mayatnya berhampiran penghujung jalan.

Mayat mangsa pertama yang juga rakannya telah ditemui pada 3 Mac 2020.

Bagi kes kedua, dia dilaporkan menghubungi Jeremy Dentel melalui aplikasi temu janji sebelum menembak dan membunuhnya pada 15 Februari 2020.

Pada bulan April, Dr Sara West, pakar psikiatri forensik, memberitahu mahkamah bahawa satu-satunya sebab Rosenberg tidak menjadi pembunuh bersiri adalah kerana telah dia ditangkap, dan hanya sempat membunuh dua individu sahaja.

Dia dilaporkan berkata bahawa Rosenberg mempunyai desakan untuk membunuh, dan semakin banyak dia membunuh, dia berasa semakin dekat dengan tuhannya.

“Dia mendefinisikan tuhannya sebagai syaitan,” ujar doktor itu kepada mahkamah.

Sumber mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0