in ,

Lepas Ambil Anak Angkat, Akhirnya Zizie Izette Hamil Anak Kembar

pelakon zizie izette

Pelakon Zizie Ezette Abdul Samad, 38 tahun atau lebih dikenali sebagai Zizie Izette mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kembar menerusi akaun Instagramnya.

Menurutnya, kandungannya kini bakal memasuki trimester kedua.

“Saya ingin mengumumkan produksi terkini yang bakal melahirkan anak pada Disember ini atau Januari tahun hadapan iaitu, saya kini hamil anak kembar.

“Semoga kandungan selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat, sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua sebelum mengumumkannya namun ada pihak sudah dapat menghidu perkara ini dan menghebahkannya.

“Namun, nasi sudah menjadi bubur, saya akan meneruskan kandungan ini dengan rasa terima kasih dan bersikap positif,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

zizie izzete hamil

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009.

Pasangan tersebut turut mempunyai seorang anak angkat, Naila Nur Jenna.

Beberapa selebriti lain iaitu Chef Wan dan Daphne King turut mengucapkan tahniah kepada beliau.

Mungkin betul kata orang-orang tua dahulu bahawa sekiranya kita tidak mempunyai anak walau telah lama berkahwin, kita perlu membela anak angkat dan kemudian anak mendapat anak sendiri iaitu anak kandung.

Dalam kes ini mungkin kebetulan dan mungkin juga betul, apa-apa pun semua ini adalah rezeki dari Allah SWT. Dia yang lebih mengetahui segalanya, bersyukurlah Zizzie kerana dikurniakan anak kembar. Sesungguhnya penantian pasangan ini berbaloi selepas dikhabarkan akan mendapat anak kembar. Wallahualam.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0