in

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera (Lesen B2)

bantuan lesen motosikal Terengganu sejahtera

Seramai 25,000 orang rakyat negeri Terengganu iaitu belia yang berumur antara 16 hingga 40 tahun akan mendapat lesen motosikal percuma yang diberikan oleh Kerajaan PAS Terengganu menerusi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang telah diperkenalkan.

Seperti yang dilaporkan Harian Metro, kerajaan PAS Terengganu telah menepati janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 apabila telah berjaya merealisasikan pemberian lesen motosikal percuma kepada golongan belia yang terpilih yang boleh membuat permohonan bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2019.

Permohonan lesen motosikal percuma boleh dibuat menerusi atas talian iaitu di laman sesawang iDana Terengganu. Semua pemohon yang layak boleh membuat permohonan sendiri secara online dengan menggunakan Sistem Agihan Bantuan yang telah disediakan bagi memudahkan para pemohon untuk memohon.

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu

Cara memohon lesen motor percuma Terengganu
Hanya yang berusia 16 hingga 40 tahun saja layak untuk memohon lesen motosikal percuma. – Arinah Holdings

Berikutnya dikongsikan cara untuk membuat permohonan lesen memandu B2 percuma menerusi sistem yang disediakan diikuti dengan langkah-langkah yang perlu dilalui untuk memudahkan anda untuk memohon dalam program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera ini.

1. Semakan

Semakan perlu dibuat dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

2. Pilihan Bantuan

Semua bantuan yang telah dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja.

3. Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut untuk membuat permohonan melalui laman sesawang.

Rujukan : Syarat Kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Percuma

4. Buat Permohonan

Semua maklumat pemohon yang terdapat dalam borang permohonan yang wajib diisi bertanda (*). Sebahagian maklumat adalah pilihan dan tidak wajib diisi.

5. Pengesahan Permohonan

Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.

6. Cetak Permohonan

Pemohon dikehendaki mencetak borang Permohonan dan menyerahkan kepada MPKK/Penghulu Mukim untuk dibuat pengesahan. MPKK/Penghulu Mukim berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. MPKK/Penghulu Mukim akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan.

Rujukan : Manual Pengguna

Soalan Lazim Bantuan Rakyat Negeri Terengganu

1. Siapakah yang layak memohon?

  • Rakyat Terengganu atau Pemastautin yang tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Terengganu.
  • Pemilih yang berdaftar di Negeri Terengganu.
  • Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sebagaimana di menu Syarat Kelayakan.

2. Bagaimanakah cara memohon secara online sebab saya tak tahu guna komputer?

  • Mereka yang tahu guna komputer, boleh membuat permohonan secara atas talian dengan melayari internet dengan membuka Portal Negeri Terengganu pada pautan iDANATTB (http://danattb.terengganu.gov.my).
  • Bagi yang tidak pandai mengguna komputer, bolehlah pergi ke Pusat Bestari.com yang berdekatan di kawasan DUN masing-masing.

Permohonan ini melibatkan permohonan baru sahaja, iaitu yang tidak pernah memohon pada tahun 2014 atau yang gagal pada tahun 2014 atau yang telah bertukar kategori (contoh : Bujang kepada berkahwin)

3. Saya telah membuat semakan menggunakan No Kad Pengenalan saya di bahagian permohonan online, namun begitu dinyatakan di situ “Permohonan Anda Sedang Diproses”. Apakah maksud kenyataan tersebut?

  • Kenyataan tersebut memberi maksud bahawa anda telah membuat permohonan sebelum ini atau anda merupakan pemohon yang layak 2014.

4. Saya merupakan pemohon yang telah layak pada 2014, setelah semakan dibuat di bahagian permohonan online didapati maklumat saya tidak tepat. Bagaimanakah cara saya untuk mengemaskini maklumat berkenaan?

  • Untuk mengemaskini maklumat, anda boleh berhubung dengan Pejabat Penyelaras DUN/ Pejabat Daerah sebagaimana anda daftarkan.

5. Apakah syarat-syarat untuk memohon?

  • Rujuk di menu Syarat Kelayakan bagi syarat-syarat kelayakan bantuan mengikut kategori.

6. Bolehkah saya memohon sekiranya saya tinggal di luar Terengganu?

  • Boleh tetapi mesti ada berdaftar sebagai pemilih di negeri Terengganu. Menggunakan alamat kediaman di negeri Terengganu.

7. Bolehkah suami dan isteri yang warga emas memohon berasingan?

  • Boleh membuat permohonan yang berasingan.

8. Saya seorang bujang yang berumur 41 tahun, apakah permohonan dana yang layak bagi saya?

  • Boleh membuat permohonan bagi kategori Pendapatan Rendah/Miskin dengan syarat memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan sebagaimana menu Syarat Kelayakan.

9. Suami saya bukan pengundi yang berdaftar di Terengganu sedangkan saya ialah pengundi yang berdaftar di Terengganu, bagaimanakah cara bagi saya memohon?

  • Anda dinasihatkan memohon pasangan yang berdaftar sebagai pengundi di negeri Terengganu.

10. Saya mempunyai anak yang kurang upaya (OKU) tetapi anak saya tiada sijil pengesahan daripada mana-mana hospital. Adakah saya layak memohon bagi pihak anak saya?

  • Anak layak memohon dengan pengesahan daripada JKKK Kawasan.

Rujukan : Soalan Lazim Bantuan Rakyat Negeri Terengganu

Senarai Pusat Bestari.com Terengganu

Berikut dikongsikan juga beberapa senarai pusat Bescomm yang terdapat di negeri Terengganu. Sila klik link di bawah untuk menyemak pusat Bestari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk memohon lesen memandu percuma ini.

Rujukan : Pusat Bescom Terengganu

Kepada anda yang layak untuk memohon lesen motosikal percuma Terengganu ini, mohonlah dengan segera dan gunakan peluang ini sebaiknya. Terima kasih kepada Kerajaan Terengganu kerana perkenalkan program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera untuk semua belia di negeri ini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments