in

(VIDEO) “Operasi Culik” Letak Kucing Dalam Beg Plastik Untuk Bawa Balik, Gelagat Nenek Ini Buat Ramai Terhibur

“Operasi Culik” Letak Kucing Dalam Beg Plastik Untuk Bawa Balik, Gelagat Nenek Ini Buat Ramai Terhibur

Bila bercakap tentang kucing, pasti ramai yang ‘geram’ dengan kecomelan si bulus ni bahkan ada juga kucing yang banyak ragamnya sehingga membuatkan kita terhibur. Malah, ramai antara kita memelihara kucing untuk dijadikan teman di rumah.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang nenek membawa pulang kucing terbiar namun dia meletakkan kucing tersebut di dalam beg plastik dan berjalan menuju ke kereta telah mencuri perhatian ramai.

Bagi pecinta kucing, sudah tentu kita tidak sanggup melihat kucing-kucing terbiar di tepi jalan. Bermacam-macam yang bermain di fikiran, bagaimana mereka makan, tempat tinggal ketika hujan dan banyak lagi.

Difahamkan, nenek ini adalah seorang pecinta kucing dan kucing yang dibawa pulang itu sebenarnya sedang sakit dan dia ingin merawatnya di rumah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kaklinaaircond, dari jauh kelihatan seakan nenek dengan selamba berjalan seakan membawa barangan namun siapa sangka rupa-rupanya terdapat seekor kucing di dalam plastik tersebut.

Bukan itu sahaja, netizen juga berterima kasih kepada nenek tersebut kerana sudi merawat kucing yang sakit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat nenek tersebut yang selamba memasukkan kucing ke dalam plastik untuk dibawa balik seolah-olah dalam operasi menculik.

Video yang tular di laman TikTok:

@kaklinaaircond♬ original sound – &ltLina#

Antara komen warga maya:

“HAHAHAHA bahaya ni kena buat report polis ni”

“Muka buat macam tak bersalah.. tapi niat nak selamatkan kucing”

@kaklinaaircond Replying to @sue nieza ♬ Shollallahu Ala Muhammad – Mazroatul Akhiro

Comel betull.. elok pulak kucing tu duduk diam dalam plastikk.. ingatkan makcik beli sayur hahaha

Sumber : mediakl 

 

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0