in

LGBT Dianggap Mempunyai Penyakit Mental dan Layak Terima Zakat – Mufti Selangor

LGBT layak terima zakat
Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid berpendapat bahawa mereka yang terbabit dengan gejala LGBT yang semakin menular dan menjadi isu hangat masa kini dianggap sebagai satu penyakit mental dan ia amat membimbangkan kerana melawan fitrah manusia.

“Melihatkan impak negatif gejala ini dalam masyarakat, Jawatankuasa Fatwa Selangor sudah mengambil inisiatif proaktif dengan memutuskan beberapa panduan hukum jelas bagi merungkai persoalan berkaitan isu LGBT,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Antaranya, Mohd Tamyes berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor yang bersidang pada 15 Jun 1993 memutuskan bahawa perkahwinan mak nyah selepas jantina ditukar kepada perempuan, dengan lelaki dikira haram kerana bertentangan syariat Islam dan bidaah.

Beliau berkata, mak nyah pada hakikatnya adalah lelaki dan antara syarat sah kahwin mestilah keadaan isteri terbabit perempuan secara yakin.

Selain itu, katanya, mesyuarat berkenaan memutuskan bahawa penukaran jantina mak nyah kepada perempuan melalui pembedahan adalah jelas bertentangan dengan lslam kerana Allah SWT melarang mengubah kejadian-Nya.

LGBT Malaysia
Gejala LGBT di Malaysia semakin membimbangkan. – Mufti Selangor

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 18 Mac 2009 pula memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita berpenampilan dan memiliki gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, adalah haram di sisi lslam.

“Berdasarkan keterangan ini, Jabatan Mufti mengambil daya usaha awal menetapkan hukum jelas bagi mendidik dan memandu masyarakat lslam mengenai gejala itu.

“Kami berharap masyarakat lebih peka dan perlu penuh keimanan dalam memahami serta melaksanakan hukum diputuskan oleh ulama berautoriti di negara ini,” katanya.

Bersandarkan kebajikan dan kasih sayang dalam lslam supaya golongan berkenaan tidak terpinggir dan berasa seolah-olah didiskriminasi, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 14 Mei 2012 memutuskan Fatwa Jenis Penerima Asnaf Al Riqab Selangor serta yang berkaitan dengannya.

Antara senarai penerima agihan asnaf Al Riqab atau zakat Al Riqab yang layak menerima bantuan zakat Al Riqab ialah golongan terbelenggu gaya hidup songsang, termasuk pelacur, lesbian, mak nyah, gay, homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboi dan bersekedudukan dengan orang bukan lslam.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye ada berkata pada Ogos lalu bahawa golongan LGBT dikatakan lebih cenderung kepada menghadapi kecelaruan dan bukannya dikategorikan sebagai pesakit mental atau mempunyai penyakit mental.

Katanya, melalui hasil ujian Pengimbas Imej Magnetik (MRI) yang dijalankan terhadap golongan ini telah mendapati berlakunya kerosakan fizikal otak yang menjadikan wujudnya kecelaruan.

Jelasnya lagi, ini bukanlah satu penyakit, jadi jangan menganggap semua LGBT itu sakit atau mempunyai penyakit mental kerana ianya lebih kepada kecelaruan yang berlainan dengan keadaan yang normal.

Menurut beliau lagi ketika di Dewan Rakyat, LGBT juga berkait denga masalah hormon dan juga penyakit organik. Anggapan yang menyatakan LGBT adalah pesakit mental atau mempunyai penyakit mental ada sesuatu tanggapan yang tidak benar.

Sumber : Berita Harian

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments