in

LHDN Pantau Kekayaan dan Kemewahan Pengguna di Media Sosial

cukai lhdn

Zaman sekarang media sosial dijadikan tempat semua pengguna untuk berkongsi tentang apa saja sama ada yang baik atau sebaliknya, termasuklah makanan yang sedap, pergi melancong, aktiviti harian, kemewahan dan sebagainya tanpa kita sedar LHDN pantau kekayaan pengguna di laman sosial.

Memang tak dinafikan hampir kesemua pengguna laman sosial akan memuat naik gambar-gambar mereka tanpa mengira masa siang atau malam, pagi atau petang, pasti ada saja gambar dan video yang mereka kongsikan untuk tatapan rakan dan orang ramai.

LHDN pantau kekayaan dan kemewahan
Rumah mewah yang dimiliki oleh seorang lelaki ternama. – Facebook

Mulai hari ini sesiapa saja yang suka memuat naik gambar-gambar mereka di laman sosial perlu berfikir dahulu sebelum menunjukkan apa yang korang ingin tunjukkan pada rakan media anda, kenapa? Sebabnya, baca kenyataan di bawah yang dilaporkan oleh Berita Harian.

LHDN Pantau Kekayaan Luar Biasa Pengguna di Media Sosial

LHDN telah pun menubuhkan satu unit khas untuk membuat siasatan terhadap orang ramai yang mempunyai perniagaan atau pun mereka yang menunjukkan kekayaan serta harta mereka di laman sosial.

Sebagai contoh, sesiapa yang sering berkongsi apa yang mereka ada seperti barangan yang mahal atau yang branded seperti jenama Prada, Channel, Hermes, Louis Vuitton, Gucci dan sebagainya eloklah jangan ditunjukkan di media sosial.

kekayaan luar biasa
Beg tangan dan kasut mahal sering menjadi perhatian ramai wanita.

Bukan itu sahaja, individu yang memiliki barang kemas, jam tangan mewah, kereta mewah, rumah mewah atau hartanah juga akan dipantau dan akan disiasat oleh unit khas daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Eksekutif LHDN, Syarein Abu Samah, unit khas tersebut akan menjalankan siasatan lanjut sebelum tindakan diambil terhadap individu atau pemilik akaun di laman sosial berkenaan.

Menerusi unit ini, LHDN akan membuat semakan sama ada individu terbabit telah mempunyai rekod pengisytiharan pendapatan atau belum dan juga sejauh mana kekayaan yang ditunjukkan itu setara dengan rekod berkenaan.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap rekod tersebut, pihak LHDN akan menghantar surat untuk meminta penjelasan daripada mereka yang terlibat. Dan mereka yang tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah akta LHDN tidak perlu khuatir untuk berkongsi kekayaan masing-masing.

orang kaya ada kereta mewah
Individu yang memiliki kereta mewah seperti ini pasti menjadi perhatian LHDN. – Facebook

Menurut beliau lagi, apa yang telah LHDN lakukan itu bukanlah berniat untuk menyusahkan atau bertindak kejam terhadap mereka sebaliknya ianya adalah untuk bersikap adil kepada semua pihak terutama mereka atau pembayar cukai.

Oleh itu, korang perlu ambil tindakan sebelum LHDN dapat menghidu kekayaan dan kemewahan korang atau sekurang-kurangnya mengambil langkah-langkah berjaga-jaga sebelum memuat naik gambar korang di laman sosial.

Untuk tindakan yang lebih baik, sila kemaskini atau isytiharkan pendapatan anda yang sebenar di LHDN sebelum pihak LHDN pantau kekayaan anda itu. Walau bagaimanapun, kalau anda tidak bersalah mengapa harus takut? Betul tak?

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments