in

Limau Kasturi dan Limau Nipis Kenapa Perlu Takut Nak Order di Kedai

Khasiat limau kasturi campur madu

Pasti ramai yang suka minum air limau kasturi atau limau nipis ais yang rasanya masam manis bila ditelan masuk ke tekak dan lebih sedap lagi jika dicampurkan dengan asam boi terasa kenikmatannya yang mampu menghilangkan dahaga.

Tapi pernahkah anda terfikir air limau kasturi yang anda minum itu bersih atau tidak? Adakah ia dibasuh sebersih-bersihnya sebelum diletakkan dalam minuman atau pun ke dalam sebarang makanan yang menambahkan lagi perisa setiap masakan? Sudah tentu perkara ini tidak pernah kita fikirkan.

kebaikan citrus fruits untuk badan
Semua jenis limau mempunyai kandungan antioksidan dan Phloretin yang tinggi.

Namun, ini tidak bermakna kita tidak boleh menikmati kenikmatan air atau jus limau ini tetapi kita wajib mementingkan kesihatan tubuh badan sebelum kita mengambil sesuatu makanan atau minuman. Lebih parah jika ia akan memudaratkan kesihatan kita, oleh itu berhati-hatilah dengan pengambilan makan minum kita setiap hari.

Anda pasti akan berfikir dua kali untuk memakan atau meminum minuman air limau selepas ini setelah membaca perkongsian daripada seorang doktor yang disegani yang dikenali sebagai Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook telah menasihatkan orang ramai agar terus berhati-hati dengan limau.

Pesanan Buat Peminat Limau Kasturi dan Limau Nipis

limau kasturi vs limau nipis
Air atau jus limau ais antara minuman yang menjadi kegemaran ramai walau di mana saja.

“Limau ais, satu!”

Saya ada satu pesanan penting buat penggemar minuman atau makanan yang menggunakan limau kasturi seperti air limau, sirap limau, teh-O limau, mee rebus, laksa Johor dan sebagainya.

Tolong pesan kepada pelayan agar limau kasturi itu dicuci dahulu, kerana lazimnya buah limau kasturi itu akan diletakkan ke dalam minuman atau makanan, dengan kulit-kulitnya sekali.

Kulit limau kasturi tu mungkin ada debu, bakteria, kulat dan mungkin juga ada racun serangga. Bahan-bahan ini jika mencemari minuman atau makanan maka ia boleh menjejaskan kesihatan.

Konsepnya sama macam kita mahu telur dicuci sebelum digunakan untuk roti canai telur atau martabak. Kita tak mahu kekotoran pada kulit telur mencemari makanan.

Jika sediakan minuman dan hidangan di rumah, jangan pula kalian sendiri lupa bersihkan limau kasturi tu sebelum diletak dalam makanan atau minuman. Lebih elok jika selepas beli, cuci dulu siap-siap dan keringkan sebelum simpan dalam peti sejuk. Barulah limau kasturi tak cepat rosak atau berkulat.

Jika kalian peniaga makanan, tanggungjawab kalian untuk hidangkan makanan yang bersih.

Akhir kata, pastikan makanan bersih, berkualiti dan sihat.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Penggemar limau ais.

Kelebihan dan Khasiat Limau Kasturi untuk Kesihatan

beza limau kasturi dan limau nipis
Limau ini juga turut dikenali sebagai limau sambal yang digunakan untuk masakan dan makanan.

Sebenarnya apa saja jenis limau sama ada limau purut, limau nipis atau limau masam, limau madu masing-masing mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri yang sangat baik untuk kesihatan dan juga mampu menjadi penawar dan merawat berbagai jenis penyakit seperti dikongsikan di Facebook.

Begitu juga dengan limau kasturi yang telah terbukti adalah limau yang paling terbaik di antara semua jenis limau. Ini dibuktikan oleh Dr Suri Roowi MARDI melalui perkongsian beliau di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang menerangkan tentang khasiat luar biasa limau sambal ini.

Berikut adalah adalah kelebihan dan khasiat limau kasturi yang dikatakan boleh digunakan untuk mencegah beberapa penyakit dan juga boleh menyelesaikan beberapa masalah yang anda hadapi dalam kehidupan seharian menggunakan petua tradisional turun temurun.

1. Mengurangkan Asma atau Lelah

Ambil sesudu madu, campurkan dengan 5 titik jus limau sambal ini. Kacau-kacau godak kemudian bolehlah diminum dan rasai kesegarannya apabila dicampurkan dengan madu. Air campuran ini juga boleh diamalkan walaupun anda tidak kena serangan lelah atau asma.

2. Melangsingkan Tubuh dan Kuruskan Badan

Anda perlu perahkan potongan limau kasturi ke dalam air teh dan pastikan anda tidak memasukkan walau sedikit gula pula pun. Kemudian minum ketika air sedang suam dan boleh terus amalkan setiap minggu.

3. Ubat Mencegah Kelemumur

Ambil beberapa helai daun rambutan, kemudian ramas dalam setengah cawan air. Ramas sehingga keluar lendir dari daun tersebut. Kemudian campurkan dengan dua cawan santan dan sebiji air perahan limau kasturi.

Selepas itu umur kat kepala, pastikan rata dan balut rambut sebaik-baiknya. Boleh je nak gunakan shower. Pastu tunggulah kejap sambil memasak ke mop lantai ke kan. Kemudian boleh cuci. Boleh buat cara ni seminggu sekali.

4. Ubat Pening Kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian picit kulit limau tadi sampai air dia keluar. Pastikan halakan air limau itu ke arah hidung semasa ia dipicit.

5. Atasi Masalah Ketiak Berbau

Ambil beberapa biji limau ini, kemudian potong kepada dua bahagian. Ramaskan limau kasturi itu ke bahagian ketiak anda beberapa kali dan bilas sampai bersih. Amalkan beberapa kali seminggu. Insha Allah berkat kesungguhan pasti ketiak anda tidak lagi berbau.

buah yang mempunyai banyak kebaikan
Sambal belacan dan limau sambal ini sangat sinonim sejak dulu lagi.

6. Ubat Demam

Petik 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini buat tuam untuk orang yang demam.

Eh tak tau macam mana? Ala yang korang demah-demah atau tuam pakai kain basah tu. Kali ini cuba guna air rebusan limau kasturi ni. Letak kat dahi. Kat kawasan panas macam leher ke, pelipat tangan ke, kaki pun ok. Lebih-lebih lagi bayi atau anak kecil.

7. Ubat Wangi Rambut

Dulu saya selalu amalkan petua ini sebab selalu sangat gatal kepala. Tapi saya memang tau ia boleh mewangikan rambut dan rambut pasti jadi lebih harum dari bauan limau ini.

Cara dia, korang ambilkan beberapa biji limau dan hiris. Kemudian gosok seluruh kepala, biarkan beberapa minit dan barulah dicuci bersih. Selain limau kasturi, limau nipis pun okay.

8. Membantu Mengecutkan Jerawat dan Mencantikkan Kulit.

Perahkan limau ini secukupnya. Jika jerawat anda sebiji atau dua biji, gunakan separuh sudah mencukupi. Selepas itu lapkan di muka atau di bahagian yang mempunyai jerawat dan buat beberapa kali. Jika diamalkan selalu pasti jerawat akan beransur hilang.

Boleh teruskan buat gunakan petua ini kerana kandungan dalam limau mempunyai antioksidan yang sangat tinggi selain sangat baik untuk kulit kita dan terlalu banyak sangat khasiat yang dimilikinya dalam perubatan.

9. Mengurangkan Bintik Hitam dan Sekatakan Tona Kulit.

Biasalah kita ni kan mesti ada bahagian yang ada gelap lebih sikit. Macam bahagian siku ke, lutut ke, celah peha ke kan?

Jadi, kalau nak cuba bagi tona kulit kat situ cerah sikit, boleh gonyoh-gonyoh la limau tu tiap kali mandi. Terus bau limau. Wangi lagi. Kan?

Semoga perkongsian khasiat limau kasturi dan kebaikan limau nipis ini akan membantu anda mendapatkan maklumat yang anda cari tentang buah yang begitu banyak kelebihan dan kebaikan kepada kesihatan kita. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments