in

Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Seluruh Malaysia (2018)

Lokasi Kamera AES terkini yang terdapat di kebanyakan lebuhraya di Malaysia bagi tahun 2018 kini telah dikemaskini oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan JPJ juga telah memperkenalkan sistem AWAS yang dikatakan bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar jumlah kemalangan serta kematian di jalan raya yang melibatkan kesalahan melanggar lampu merah dan juga memandu dengan had laju yang tidak sepatutnya.

Senarai lokasi kamera AES terkini dan yang sedia ada yang dipasang di lokasi had laju dan lampu isyarat di zon tertentu dan beberapa lebuh raya di Malaysia seperti Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan sebagainya. Senarai dan panduan ini sangat berguna kepada semua pengguna jalan raya untuk mengetahui lokasi lebuhraya yang mempunyai kamera AES serta berupaya mengelakkan daripada dikenakan saman speed trap.

Kamera aes lebuhraya
Sumber: Facebook

Sistem berkamera AES atau dikenali sebagai Automated Enforcement System adalah satu cara dan kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalu lintas jalan raya yang digunakan secara automatik dan turut beroperasi selama 24 jam tanpa berhenti tidak mengira apa saja keadaan, kejadian dan cuaca semasa.

AES yang kini telah beroperasi sepenuhnya di zon dan lokasi-lokasi terpilih seperti di jalan raya, persimpangan lampu isyarat dan juga lokasi arah lebuhraya yang dipilih sama ada utara, selatan dan pantai timur.

Kamera AES secara automatik akan menangkap gambar kenderaan yang telah melakukan kesalahan jalan raya dan seterusnya maklumat pemilik kenderaan tersebut dihantar ke Pusat Kawalan AES. Pihak JPJ akan membuat pengesahan kesalahan sebelum mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan yang biasanya surat saman tersebut dihantar melalui pos ke alamat seperti yang terdapat di dalam kad pengenalan pemandu.

Senarai Lokasi Kamera AES Terkini

Berikutnya adalah senarai lokasi kamera AES yang terbaru, yang masih dalam persediaan dan juga yang sedia ada yang digunakan di beberapa jalan biasa, lebuhraya tertentu dan juga yang dipasangkan di persimpangan jalan yang mempunyai lampu isyarat.

lokasi kamera aes terkini 2018
Antara lokasi yang mempunyai kamera AES yang sedia ada. – JPJ

Kamera Had Laju AES Jalan dan Lebuhraya

  • Kuala Lumpur (arah ke Selatan)
  • KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah Selatan)
  • KM 6.6 SKVE (Puchong Ke Kajang)
  • Jalan Lebuh Sentosa
  • Putrajaya (Kajang menuju PICC)
  • Jalan Persiaran Timur
  • Putrajaya (PICC ke Kajang)
  • KM D7.9 Sungai Besi
  • KM 301.6 Lebuhraya PLUS-Kajang (arah ke Utara)
  • KM 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah Utara)
  • KM 7 Jalan Maharajalela-Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh)
  • KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan)
  • KM 204.6 Lebuhraya PLUS-Taiping (arah Utara)

Lokasi AES Terbaru

Berikutnya adalah senarai lebuhraya yang mempunyai kamera AES baru yang diumumkan oleh JPJ. Senarai lokasi ini juga menjadikan jumlah jalan dan lebuhraya di Malaysia yang dipasangkan sistem ini semakin banyak.

lokasi aes terbaru lebuhraya
Lokasi kamera AES yang terbaru di lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat. JPJ
  1. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  2. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  3. KM 146.8 Lebuhraya PLUS-Pagoh
  4. KM 151.4 Lebuhraya PLUS-Pagoh
  5. KM 299.9 Lebuhraya PLUS-Kampar
  6. KM 96.3 Lebuhraya PLUS-Kuala Muda
  7. KM 17 Gua Musang-Kuala Krai

Semoga dengan pelaksanaan sistem yang berkerja secara automatik ini mampu mengurangkan kadar pemandu dan pemilik kenderaan yang membuat kesalahan di jalan raya dan pastinya boleh mengurangkan kadar kemalangan yang sering berlaku. Setiap pemandu atau pesalah yang melakukan kesilapan tidak boleh melarikan diri kerana segala maklumat terperinci dapat dirakamkan dengan kamera AES yang berteknologi tinggi.

Elakkan diri anda melakukan kesalahan sekiranya tidak mahu membayar saman atau perlu pergi ke mahkamah untuk perbiacaraan jika mengelakkan diri untuk membayar kompaun yang dikenakan. Sila kenalpasti setiap lokasi kamera AES yang ada di setiap laluan dan jalan yang akan anda lalui sebelum meneruskan perjalanan. Dengan cara ini anda pasti tidak akan disaman dan perjalanan anda akan selamat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.