in ,

Makanan Berpantang Buah & Sayur Mudarat Ibu Bersalin? Ini Kata Pakar

sayur tak boleh makan dalam pantang

Sejak dari dulu bagi ibu-ibu yang bersalin pasti akan berhati-hati ketika dalam pantang baik dari segi menu pemakanan dan juga pantang larang nenek moyang kita. Biasanya pasti akan ada senarai makanan berpantang selama 44 hari selepas melahirkan anak.

Amalan berpantang dikatakan bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Melayu sahaja malahan kaum lain yang turut mengamalkan pantang adalah daripada berbagai kaum seperti Cina, India dan sebagainya. Makan makanan berpantang selepas bersalin selalu diamalkan agar kesihatan seseorang wanita itu akan lebih baik dan terjamin.

Walau bagaimanapun, zaman sekarang ramai wanita dikatakan sangat jarang mengikut amalan ketika berpantang macam dahulu kala yang mana mereka akan makan makanan bergoreng dan bukan lagi ikan kering dan ikan bakar sahaja seperti yang diamalkan orang-orang terdahulu.

makanan berpantang sayur dan buah

Menurut mereka, tiada sebarang kajian serta bukti yang tepat dari segi kajian saintifik dan kajian perubatan yang mengatakan bahawa makanan seperti sayur-sayuran amat bahaya atau akan memudaratkan kepada ibu yang sedang berpantang seperti masuk angin dalam badan dan sebagainya.

Sejauh mana pantang larang kepada ibu yang sedang berpantang tidak boleh makan makanan seperti sayur sejuk kerana akan mudarat pastinya akan terjawab selepas perkongsian menarik dan berilmu daripada Pakar Makanan Diet, Fizah Sobri telah menjawab segala persoalan dan kemusykilan tersebut.

Baca Juga : AWAS! Ibu Yang Sedang Berpantang, Jangan Selalu Tidur Dalam Bilik Air Cond

Makanan Berpantang Sayur & Buah Memudaratkan?

Rupa-rupanya pengambilan buah-buahan atau sayur-sayuran tertentu akan memudaratkan atau menyebabkan sejuk, otot dalaman wanita tidak baik, kembung perut dan sebagainya, sebenarnya ia hanyalah satu MITOS semata-mata.

Tiada bukti dan kajian saintifik yang menyatakan elakkan buah atau sayur tertentu akan memberi manfaat atau memudaratkan wanita tersebut.

Berikutnya adalah beberapa kesan-kesan buruk yang akan berlaku sekiranya seseorang wanita berpantang itu tidak mengambil buah-buahan atau sayur dalam menu berpantang harian mereka.

1. Lambat membina sel darah merah dan akhirnya senang penat.
2. Susah nak buang air besar atau tak lawas yang boleh menyebabkan jahitan terbuka.
3. Senang kena jangkitan sama ada dekat luka atau pun seluruh badan akibat tidak cukup zat untuk melawan kuman.

Ini bermakna sayur apa pun boleh makan dalam pantang untuk kebaikan kesihatan seorang ibu dan tak perlu lagi anda rungsing memikirkan tentang makanan berpantang. Namun, pemantauan juga perlu dititikberatkan agar anda tidak membuat sebarang kesilapan lain sehingga memudaratkan diri sendiri semasa berpantang.

apa boleh makan dalam pantang
Nutrisi penting yang diperlukan setiap ibu sama ada ketika mengandung atau dalam pantang.

Pakar Makanan Diet tersebut turut menasihatkan kepada semua wanita yang bersalin agar sering mengambil sayur dan buah-buahan dan tidak perlu takut dengan pantang larang. Ini kerana zaman dulu dan zaman sekarang berbeza kerana ramai yang bersalin di rumah dan tidak di hospital.

Artikel Berkaitan : Pakai Stokin Ketika Berpantang Perlu atau Tidak? Ini Penjelasan Doktor Pakar

Malahan penggunaan peralatan untuk bersalin juga tidak begitu selamat dan mungkin ia mudah dijangkiti kuman. Zaman sekarang telah berubah, semua ibu-ibu yang bersalin akan diberikan suntikan vaksin tetanus dan peralatan bersalin yang digunakan juga lebih steril.

Jadi, mulai sekarang, semua ibu yang sedang memilih makanan berpantang tidak perlu lagi mengikut pantang larang yang keterlaluan kerana waktu berpantanglah para ibu sepatutnya recover semula. Jangan kerana pantang larang, ada ibu yang stress, sembelit, luka lambat sembuh, tidak sihat dan sebagainya. Semoga bermanfaat.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments