in

Makcik parking tangan luar kereta, ramai risau emas diragut, Nak sedekah tu.

Makcik parking tangan luar kereta, ramai risau emas diragut ,Nak sedekah tu.

Golongan wanita dan perhiasan emas memang tidak boleh dipisahkan. Tapi perlu diingatkan bahawa penjenayah sentiasa mencari peluang untuk meragut, jadi bagaimana cara bagi mengelakkan diri daripada menjadi sasaran mereka?

Baru-baru ini, seorang wanita warga emas dirakam mengeluarkan sebelah tangannya yang mempunyai cincin dan gelang emas dari sebuah tingkap kereta sehingga menimbulkan kebimbangan warganet.

BACA : Raisuddin dapat kejutan, isteri bawa ‘kembar’ arwah Siti Sarah rai hari jadi

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @nrlilyly berkongsi video kejadian itu memaparkan makcik tersebut duduk di tempat penumpang hadapan seperti menunggu sesuatu sambil tangan kirinya di luar tingkap yang dibuka.

Berdasarkan kapsyen video berdurasi lapan saat itu, @nrlilyly meminta makcik berkenaan berhati-hati kerana malang sememangnya tidak berbau sekali gus boleh mengundang penjenayah.

Video tersebut menerima hampir 277,00 tontonan dan ratusan komen netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sangat membahayakan nyawa sendiri.

Malah, terdapat juga segelintir netizen menganggap mungkin gelang besar itu adalah palsu kerana makcik terbabit seolah-olah tiada kesedaran mengenai keselamatan dirinya.

Bahaya ni…

Tak sayang betul

Sia2 kalau tangan cedera

Kenapa tak tegur?

Mengundang.. berani betul

Kalau kena, menyesal tak sudah

Kalau emas palsu sekalipun, makcik tetap boleh jadi mangsa. Penjenayah tak fikir semua tu, asalkan dapat apa yang diinginkan! Jadi kenalah sentiasa berhati-hati.

Sumber: TikTok @nrlilyly

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0