in

Ciri-ciri Orang Yang Mendapat Malam Lailatul Qadar

Pasti ada ramai orang Islam yang masih tertanya-tanya bagaimana tanda-tanda seseorang itu mendapat Lailatul Qadar? Adakah ia dapat dilihat dengan mata kasar manusia  dan adakah boleh tahu jika seseorang itu mendapat malam seribu bulan itu?

Sebagai manusia biasa yang sering beribadat pasti rasa ingin tahu itu tetap ada apakah seseorang hamba Allah itu boleh menemui malam Lailatul Qadar atau sekurang-kurang tahu bilakah malam yang penuh keberkatan itu yang sentiasa dinantikan ramai umat Islam.

Ciri-ciri Orang Yang Mendapat Lailatul Qadar

Secara jelas sememangnya tiada nas yang menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang yang amat beruntung itu mendapat Lailatul Qadar, walau bagaimanapun, jangan bimbang kerana kita masih boleh mengenali ciri-ciri Lailatul Qadar.

Menurut perkongsian daripada Ahmad Zaky ciri-ciri Lailatul Qadar seperti yang diterangkan mempunyai empat point penting yang  boleh diketahui iaitu:

  1. Orang tersebut selalu ingin dan berusaha menjadi yang terbaik di mata Allah atau manusia.
  2. Orang tersebut selalu merasa kurang dalam beribadah, padahal seluruh ibadah wajib mahupun sunah sudah ia kerjakan.
  3. Ia menjadi orang yang tidak sombong kepada semua manusia.
  4. Wajahnya kelihatan lebih bersinar dan sedap mata memandang dan ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang dekat dengan Allah.

Ciri-ciri Khusus Orang Yang Mendapat Lailatul Qadar

Ada yang berpendapat ciri-ciri seseorang itu yang mendapat malam Lailatul Qadar adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Melihat Semua dengan Terang di Kegelapan Malam

Hal ini tidak semua hamba boleh melakukan hal yang sama jika bukan yang dipilihNya. Kebanyakan manusia tidak akan boleh melihat dengan jelas apa lagi terang ketika digelapnya malam. Dan atas kuasaNya seorang hamba pilihanNya pada malam itu seolah tidak melihat kegelapan malam, kerana semuanya serba terang benderang.

2. Seolah Dapat Melihat Seluruh Benda & Makhluk di Bumi Bersujud kepada Allah

Tanpa kita sedari sebenarnya semesta ini bersujud dan bertasbih kepada Allah, namun manusia tak boleh melihatnya dengan secara mata kasar. Dan orang yang beruntung mendapatkan anugerah Lailatul Qadar ini akan bolehmelihat semesta alam dan seluruh isi yang ada di dalamnya bersujud kepada Allah!

3. Boleh Mendengar Suara Malaikat dan Semua Tutur Katanya

Rasulullah ketika didatangi peristiwa luar biasa dalam sujud ketika menjadi Imam solat malam dengan para sahabatnya, beliau memang sujud begitu lama, padahal hujan datang mencurah-curah dengan lebatnya di masjid yang tidak beratap dengan sempurna.

Seluruh tubuhnya basah, namun sama sekali Baginda tidak berganjak, sehinggalah para sahabat ramai yang menggigil, ternyata beliau didatangi malaikat yang bersesakan turun ke bumi dengan dengungan tasbih tanpa henti-hentinya. Suara malaikat yang begitu indah, di antara kedamaian yang luar biasa dalam terang benderang!

4. Segala Doanya Dikabulkan Allah SWT

Ketika Lailatul Qadar datang pada seorang hamba, maka doa-doa yang dipinta, seberapa banyak mana pun akan dikabulkan oleh Allah SWT.

5. Orang Itu Tidak Disyaratkan Melihat Tanda Apa-apa

Baik yang berupa fizik, namun boleh merasakan kedamaian, kekhusyukkan yang luar biasa. Memang perasaan kedamaian yang luar biasa yang hampir tak pernah dirasakan sebelum ini, adalah hal yang sering dijumpai hamba yang mendapatkan Lailatul Qadar.

6. Iman Bertambah Kuat

Kerana sudah mengalami peristiwa spiritual yang luar biasa, maka akan tambah kuatlah imannya. Tingkah laku sehari-hari akan lebih baik tentunya seperti senang sedekah, jauhi ghibah dan hal-hal yang tidak manfaat, lebih mampu mengendalikan diri dan lebih tolak ansur pada orang lain, tak membezakan orang, suku bahkan agamanya.

Perkara Yang Dilakukan Nabi di 10 Malam Terakhir

Dahulu, Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir tersebut dengan amalan-amalan melebihi waktu lainnya. Sebagaimana yang isteri beliau Ummul Muminin Aisyah RA pernah katakan :

Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya. (HR. Muslim)

Aisyah RA juga berkata :

Apabila Nabi SAW memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri beliau dari berjimak), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya. (HR. Bukhari & Muslim).

Maka sudah seharusnya kita mengikuti apa saja yang dilakukan Nabi Muhammad SAW di sepertiga malam terakhir bulan ramadhan, agar kita lebih dekat dengan Allah SWT dan memperoleh kemuliaan atau keutamaan malam Lailatul Qadar.

Semoga perkongsian ciri-ciri malam Lailatul Qadar ini akan menambahkan lagi pengetahuan kita semua. Semoga kita diberi peluang untuk bertemunya serta diberikan keberkatan di bulan yang teramat mulia ini. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0