in ,

‘Mama & Papa Ikhlas Lepaskan Kepergian Adam’ – Baca Luahan Sayu Ibu Ini Selepas Anak ‘Tewas’ Melawan Penyakit

adam

Hati mana yang tidak sedih dan sebak apabila melihat keadaan seorang bayi comel yang dikenali sebagai Adam Fabumi Kamaludin ini. Dia dilahirkan pada 24 April 2017 tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila si comel itu didapati telah menghidap penyakit Trisomi 13 atau pun Patau Syndrome. Ibunya, Ratih Megasari dan bapanya, Kiagoos Herling menyedari anaknya itu menghidap sindrom berkenaan ketika usianya 5 bulan.

Sekiranya anda mengikuti perkembangan ibunya yang dikenali Ratih melalui Instagram yang sentiasa memuat naik status dan kata-kata semangat berserta doa agar anaknya baik seperti sediakala pasti merasa sedih. Walau bagaimanapun, Allah lebih menyayangi Adam, selepas beberapa bulan anak comel ini berjuang melawan penyakitnya, akhirnya Adam ‘tewas’ jua dan pergi meninggalkan ibu dan ayahnya. Ikuti luahan pilu hati ibunya, memang sangat sedih dan boleh buat sesiapa saja akan menangis.

Adam Seorang Bayi Yang Sangat Comel & Tabah

adam

Penyakit yang telah dihidapi Adam itu dikatakan turut mendapat liputan yang meluas di Indonesia. Jelas terpancar di riak wajahnya ketabahan yang telah ditunjukkan oleh Adam yang membuatkan ramai netizen turut bersedih dan sebak seolah merasai akan keperitan dan kesedihannya.

Adam akhirnya telah dijemput illahi pada 22 November 2017 pada jam 3.35 petang, selepas beberapa bulan melawan sakitnya itu. Ramai netizen yang turut melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah di atas kepergian Adam.

adam

Syurga Menunggumu Adam Anakku Sayang..

adam

Inalillahi wainnailaihirajiun.. telah berpulang anak kami, Adam Fabumi Kamaludin, 22 November 2017 pukul 15.35 dan akan dikebumikan hari ini tanggal 23 November 2017 di TPU Jeruk Purut ba’da Dzuhur.

Terima kasih untuk seluruh keluarga, teman dan sahabat atas segala doa, support, kasih sayang dan perhatiannya yang tidak pernah putus untuk anak kami tercinta. Inshaallah sekarang Adam sudah sembuh total dan ga ngerasain sakit lagi. Dan mungkin sedang main lari2an dengan teman2nya yang sudah berpulang terlebih dahulu di syurganya Allah, inshaallah

Terima kasih, Adam, untuk seluruh pelajaran yang kamu berikan kepada kami di waktu hampir 7 bulan hidupmu. Terima kasih atas perjuangan dan semangatmu untuk bertahan hidup. Inshaallah Mama papa sudah maksimal merawat dan menjaga kamu sampai dengan hembusan nafasmu yang terakhir.. mama papa sangat cinta sama Adam, tapi Allah jauh lebih cinta sama kamu, nak.. Inshaallah mama papa ikhlas melepas kepergian Adam.

Ada perasaan bahagia ngeliat Adam akhirnya bisa tidur dan istirahat dengan tenang sambil tersenyum, MasyaAllah malem ini bobo terakhir kita b3 ya, Dam, sama papa juga. Nanti kita ketemu lagi di lain kesempatan yaa.. Jemput mama papa di Jannah nanti ya sayang, inshaallah amin.. Rest in Peace, my angel, my warrior, my son.. Surga menunggumu, Adam anakku sayang.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments