in ,

Mandi Malam Adalah ‘Ubat Tidur’ Paling Mujarab, Percaya Tak? Cubalah Dan Rasai Kesegarannya

tips mandi malam

Mandi malam? Susah nak tidur atau kerap terjaga pada waktu malam? Mungkin ada di antara anda yang mengamalkan pengambilan ubat dan lazimnya ubat batuk atau selesema untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak.

Mandi Malam Boleh Buat Anda Tidur Lena

Tahukah anda mandi sebelum tidur sebenarnya sangat bermanfaat? Memetik portal Time, kajian mendapati mandi pada waktu malam boleh buat anda tidur dengan lena.

mandi malam

Dr. Dianne Augelli dari Pusat Perubatan NewYork-Presbyterian/Weill Cornell berkata suhu tubuh memainkan peranan penting dalam mengawal ritma sirkadian, yang memberitahu bila tubuh perlu berasa mengantuk atau waspada.

“Mandi adalah proses mendinginkan tubuh yang kemudiannya merangsang hormon oksitosin atau kebahagiaan untuk mengusir tekanan, lalu merangsang anda untuk tidur,” ujar Dr. Dianna Augelli.

Sementara itu, Shelby Harris dari Pusat Perubatan New York’s Montefiore mendapati mandi pada waktu malam dapat menurunkan suhu badan, sekali gus meningkatkan efek merangsang tidur.

“Sebaiknya, mandilah 90 minit sebelum waktu tidur supaya dapat memberi ruang untuk tubuh menurunkan suhu badan dan kemudiannya memberi isyarat bahawa tubuh sudah siap untuk berehat (tidur),” katanya.

tidur

Jadi, kalau anda mahukan tidur yang berkualiti dan nyenyak serta bangun dengan segar keesokannya, amalkanlah rutin mandi sebelum waktu tidur.

Berikutnya satu perkongsian daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Khairul Hafidz Alkhair yang menerangkan tentang mitos dan kepercayaan orang Melayu bahawa apabila mandi malam paru-paru akan berair dan tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan. Sila baca dan fahamkan!

“Jangan mandi malam, nanti kena paru-paru berair”

Mitos mandi malam ini saya fikir antara mitos yang paling popular dan kuat dipegang oleh masyarakat. Bukan sekali dua orang bertanya mengenai hal ini, hampir setiap hari, dan setiap hari itulah saya mengubah persepsi masyarakat mengenai hal ini.

paru paru berair

Seperti yang saya pernah cerita, jika kita ambil makna paru-paru berair itu sebagai efusi pleura (pleural effusion), mandi malam bukanlan salah satu penyebabnya.

Antara etiologi terjadinya efusi pleura adalah penyakit gagal jantung (congestive heart failure), komplikasi dari radang paru-paru (pneumonia), kanser paru (lung malignancy), sumbatan pada salur darah paru (pulmonary embolism), penyakit hati (cirrhosis), trauma paru dan sebagainya.

Tidak ada kajian yang menunjukkan paru-paru berair terjadi kerana mandi malam. Dan dalam klinikal juga, efusi pleura adalah penyakit yang sering kami jumpa, dan kami TIDAK PERNAH mendiagnosis pesakit mengalami efusi pleura kerana mandi malam. Bukan sahaja saya, pakar saya pun tak pernah.

Dan saya juga faham, apabila orang tua kata, pasti ada sebabnya. Dulu-dulu, orang kita mandi di perigi luar rumah, mandi malam itu bahaya, bukan penyakitnya tapi takut tak nampak jatuh perigi. Malam pun bahaya bagi anak gadis, mata-mata “syaiton” ni pun banyak gatal nak mengendap anak gadis mandi.

mandi pada waktu malam

Jadi, saya fikir, mitos ini juga perlu kita buang, dan saya tahu mitos ini tak mudah untuk diubah di kalangan masyarakat, perlu ada penjelasan berterusan kepada rakyat, supaya mitos ini mula dilepaskan oleh kita semua.

Kalaulah dulu masa zaman saya Houseman, buat morning rounds dengan Pakar,

“Hafidz, what is the diagnosis of this patient?”

“Pleural effusion bos”

“Causes?”

“Ermm, night bath bos?..”

“What?!! &¥€~¥,!.€{£!!

Extend 2 months!”

Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments