in

Kita Boleh Makan Masakan Orang Bukan Islam Asalkan Terbukti Halal

hukum makan makanan yang dimasak oleh bukan islam

Semua orang Islam boleh memakan hidangan makanan yang disediakan oleh orang-orang bukan Islam selagi makanan tersebut terbukti halal dan langsung tidak mempunyai unsur haram.

Menurut kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Islam tidak pernah melarang umatnya daripada memakan makanan yang disediakan oleh bukan Islam walaupun masyarakat pada zaman sekarang dilihat begitu sensitif berkaitan dengan isu berkenaan.

“Kalau nak kata makanan yang bukan Islam banyak sekali dalam negara, contohnya, Mc Donald’s, makanan barat sebagainya kerana ia berasal dari luar negara tapi kenapa rakyat kita masih makan? Kerana kita tahu makanan itu bersih.

“Islam cuma kata umatnya tidak boleh makan makanan yang haram seperti khinzir dan binatang sembelihan yang disembelih tidak mengikut cara Islam.

hukum tukang masak bukan islam
Sembelihan yang tak ikut cara Islam harus anda dielakkan untuk memakan dagingnya.

“Malah Rasulullah SAW sendiri di Khaibar, baginda menerima jemputan dan menjamah hidangan yang disediakan oleh wanita Yahudi.”

Mufti Perlis atau juga dikenali sebagai Dr Maza menyatakan mualaf juga haruslah tidak terlalu sempit pemikirannya sehinggakan tidak mahu lagi untuk menjamah apa-apa makanan yang dihidangkan oleh ahli keluarganya yang bukan Muslim.

“Dia boleh juga makan makanan yang halal terutamanya masakan yang disediakan oleh ibu bapa yang bukan Muslim, malahan dia (Mualaf) boleh juga pulang untuk menziarahi kaum keluarga ketika di hari perayaan mereka.

“Jangan fikir hanya untuk menjamah makanan orang Melayu sahaja, takkan dia pulang ke rumah keluarganya dan dia tidak makan meskipun makanan yang disediakan ibu bapanya bersih dan halal,” lapor Harian Metro.

Ini bermakna seorang Mualaf yang berbeza agama dengan keluarganya seperti ibu dan bapa, tidak semestinya terus terputus hubungan kekeluargaan. Biarpun agama berlainan tetapi hubungan atau pertalian darah tidak sekali-kali terputus.

Malahan, setiap makanan halal yang disajikan untuk orang Islam oleh keluarga bukan Muslim atau bukan Islam, kita masih lagi boleh memakannya tanpa ragu selepas kita mengetahui makanan tersebut halal dan bersih.

Oleh itu, kita disarankan tidak memandang ringan tentang hukum makan makanan halal dan haram serta tidak terlalu sempit pemikiran sehinggakan langsung tidak mahu menerima masakan yang dsediakan oleh orang bukan Islam yang berbeza agamanya dengan kita. Apa sekalipun, halal adalah menjadi keutamaan bagi kita sebagai orang Islam.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments