in ,

Masih Muda & Bergetah, Ramai Yang Tak Percaya Wanita Cantik Ini Berusia 50 Tahun!

Sekali imbas atau sekali pandang, pasti ramai yang langsung tidak menyangka wanita cantik dan genit ini sudah pun berumur setengah abad memandangkan rupa paras, penampilan dan gayanya kelihatan seperti seorang wanita muda remaja.

Beliau sebenarnya berusia 50 tahun dan bintang kecergasan Indonesia ini dikenali sebagai Puspa Dewi yang sangat dikenali dengan penampilannya yang sentiasa kelihatan muda dan menyegarkan biarpun usianya setengah abad.

Rata-rata netizen begitu kagum dengan kelebihan yang dimilikinya selepas beberapa gambar yang memaparkan dirinya kini jadi tular dan tersebar di media sosial sehingga menarik perhatian ramai yang turut memberikan berbagai ucapan di atas kecantikannya.

Memetik laporan NextShark, wanita dan juga ibu kepada dua orang cahaya mata ini dikatakan sering membuatkan ramai orang disekelilingnya tidak mempercayai apabila mereka mendapat tahu akan umurnya yang sebenar memandangkan dia langsung tidak kelihatan berumur.

Lihat saja gambar-gambar beliau yang tersebar itu, siapa yang akan percaya usianya sebaya dengan ramai makcik-makcik di luar sana? Pasti ramai yang berkata bahawa dia masih lagi muda remaja.




Lebih melucukan, dia bukan sahaja kelihatan muda dan cantik di mata orang ramai. Puspa Dewi sering dianggap kekasih kepada anaknya sendiri apabla mereka bergambar bersama atau berjalan di luar bersama-sama.

Malahan, ramai netizen di laman sosial juga turut terkejut dan terpegun apabila mengetahui Daniel dan Dennis yang bergambar bersama wanita tersebut adalah ibu kepada kedua jejaka berkenaan kerana mereka kelihatan lebih kurang sebaya dan seusia.



Bagi rakyat Indonesia, mereka sememangnya amat mengenali Dewi sebagai seorang selebriti terkenal dan sering tampil dalam program televisyen di sana.

Menerusi satu temubual Detik bersama artis cantik ini, Dewi yang lebih mesra dipanggil sebagai Mama Hadi ini turut berkata,

“Biasa saja (yang dilakukan). Cuma saya suka konsumsi makanan kesihatan.

“Ramai orang bertanya bagaimana merasa menjadi tua. Ya saya mungkin semakin gembira. Anak-anak sudah besar dan berdikari. Dari situ kita lebih rasakan kebahagiaan itu.”

Menurut keterangan yang disampaikan oleh anaknya sendiri, Dennis, ibunya dikatakan sangat suka bersenam. Sekiranya dia tidak sempat untuk bersenam di luar, dia pasti akan bersenam dengan memberikan tumpuan penuh kepada bahagian perutnya di rumah, katanya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0