in

Matahari Tegak Atas Kaabah Hari Ini Di Mekah

masjidil haram

Kaherah: Institut Kajian Astronomi dan Geofizik Kebangsaan Mesir berkata, hari pertama Ramadan hari ini akan menyaksikan sesuatu yang unik – matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 12.18 waktu Makkah ketika masuk waktu solat Zuhur.

Pemandangan di sekitar Kaabah Tanah Suci Mekah.

Institut berkenaan berkata, ketika itu, bayangan Kaabah akan hilang dan arah matahari pada semua tempat di dunia akan tepat menghala ke arah kiblat.

Dalam kenyataannya menerusi Twitter, jabatan yang bertanggungjawab terhadap aktiviti mata hari di institut itu menyatakan, sudut darjah matahari pada masa waktu masuk solat Zuhur ialah 89.93 darjah di atas Kaabah, kurang 0.07 darjah daripada sudut tepat.

Fenomena itu hanya berlaku dua kali setahun, yang pertama hari ini dan yang kedua pada 15 Julai.

kejadian matahari atas kaabah
Gambar hiasan.

Bagaimanapun, apa yang istimewa tahun ini ialah ia berlaku pada waktu Zohor pertama bulan Ramadan.

Rata-rata netizen masing-masing menyatakan rasa terkejut mereka dengan kejadian tersebut yang kini heboh diperkatakan di seluruh media sosial.

Sumber: Harian Metro

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments