Matahari Tegak Atas Kaabah 28 Mei Ini, Orang Ramai Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah
Mungkin ramai yang masih belum memahami sepenuhanya mengenai fonemana ini apa dan maksud istiwa’ matahari atau Istiwa’ al- A’dzam kan? Secara ringkasnya, Istiwa’ al-A’dzam adalah peristiwa di mana matahari berada tegak di atas Kaabah.
BACA : Ibu madu meninggal dunia, netizen sayu lihat Adira setia teman hingga ke kubur
MATAHARI TEGAK ATAS KAABAH 28 MEI, BOLEH SEMAK ARAH KIBLAT
Pada tarikh 28 Mei 2022, tepat jam pukul 5.18 petang, Matahari akan istiwa’ atau berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan arah kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.
Fenomena ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.
Ketika kejadian ini berlaku, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah. Oleh itu, lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.

Mengambil manfaat daripada peristiwa ini, pihak yang bertanggungjawab dan umat Islam sendiri boleh menyemak arah kiblat berpandukan garis panduan yang akan kami kongsikan dibawah.
Disini, selepas semakan dibuat, anda dapat menentukan sama ada wujud perubahan arah kiblat atau sebaliknya.
CARA SEMAK KIBLAT DARI JABATAN MUFTI SELANGOR
Berikut merupakan panduan semakan kiblat daripada Jabatan Mufti Selangor:
1. Pastikan waktu yang tepat berdasarkan waktu standard Malaysia.
2. Gunakan objek tegak dan lurus
3. Hala objek ke arah cahaya matahari
4. Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat.
5. Tandakan garis bayang yang terhasil.
Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Sumber: Jabatan Mufti Selangor
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat
Loading…