in

Arwah Pergi Betul-betul Depan Makam Rasulullah, Kematian Dicemburui Ramai

mati di hadapan makam rasulullah SAW

Perginya seorang insan yang dicemburui ramai selain ditangisi oleh mereka yang dekat dengannya dan dialah antara insan yang terpilih setelah dinilai oleh Allah SWT sebagai seorang khalifah di bumi ini yang mempunyai peribadi yang sangat mulia dan indah.

Kisah yang dikongsikan laman Remaja ini menceritakan bagaimana seorang hamba Allah insan yang terpilih yang pemergiannya di hadapan Makam Nabi telah menjadi bualan ramai masyarakat Arab selain turut jadi tular di laman sosial. Kematian seperti ini dikatakan sangat jarang berlaku dan arwah pergi ketika malam Jumaat dan juga 10 malam terakhir Ramadhan di bulan puasa.

kelebihan mati di mekah insan yang terpilih
Allahyarham Badrul Munir ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Allahyarham adalah seorang rakyat Malaysia dan arwah juga dikenali sebagai Badrul Munir atau sering dipanggil sebagai Abang Bad. Beliau merupakan seorang runner yang membuat visa untuk pelajar-pelajar Madrasah. Arwah juga banyak berkhidmat untuk Madrasah, Ulama, Masyaik dan semua mereka ini dikatakan adalah waris Rasulullah.

Menurut satu sumber yang disampaikan oleh seorang Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Jamal daripada Hulu Langat yang sedang berada di Tanah Suci Mekah mengatakan bahawa arwah bersolat tahajjud di dalam bilik sebelum meninggal dunia. Arwah juga dikatakan sempat meminum segelas air masak dan kemudiannya Ustaz Jamal sempat meminta satu gelas daripada arwah.

mati di depan makam Rasulullah
Gambar terakhir arwah sebelum meninggal dan rupanya almarhum terus menghembuskan nafas terakhir di sana tanpa sebarang tanda sakit.

Kemudiannya mereka menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat Qabliah diikuti dengan solat fardhu Subuh dan juga solat jenazah. Arwah pada ketika itu berjalan menuju masuk ke Makam Nabi Muhammad SAW.

“Saya dan Wak Ramli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar tapi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.

“Arwah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meninggal. Innalillahiwaninailahirojiun.”

arwah meninggal di makam Nabi
Arwah meninggal di depan Makam Nabi pada Malam Jumaat dan 10 malam terakhir Ramadhan.

Sewaktu solat jenazah sedang diaturkan untuk arwah, orang-orang Arab meminta agar orang ramai turut mendoakan pengkebumiannya di Jannatul Baqi. Kematiannya dicemburui kerana beliau meninggal dunia di Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasullah SAW pada 10 akhir Ramadhan, ketika mengerjakan umrah dan pada malam Jumaat.

Ustaz Uthma Daud iaitu salah seorang daripada rakan arwah turut meluahkan rasa kesedihannya di atas pemergian sahabat baiknya itu. Dia turut menyatakan bahawa rasa cemburu dengan perjalanan terakhir arwah itu yang disifatkan sangat indah itu sudah pasti.

“Beruntung kau Bad. Aku cemburu Allah pilih engkau disemadikan di perkuburan baqi’. Berdekatan pula dengan Maqam Sayidina Uthman bin Affan radiyallahuanhu dan para sahabat nabi yang lain.”

“Masa hidup di dunia ni engkau nampak biasa-biasa, tapi pergi dari dunia ini cara luar biasa. Semasa di dunia engkau nampak takde apa-apa kejayaan, tapi engkau sudah pun dapat kejayaan yang sebenar.”

insan terpilih mati di 10 terakhir ramadhan
Kematian arwah sangat dicemburui ramai orang kerana kelebihan ini hanya ada pada insan yang terpilih.
kematian yang dicemburui ramai orang
Pemergian arwah telah menjadi bualan ramai orang- orang Arab di sana.

Selain itu, beliau juga berkongsikan ketika saat-saat akhir sewaktu pemergian Allahyarham. Sebelum ajal datang menjemputnya, Allahyarham turut sempat berselawat ke atas Nabi lebih kurang 70 kali sewaktu berjalan menuju ke makam Rasulullah SAW.

Ibrahim yang dapat menemani arwah Badrul Munir ketika beliau menziarahi Makam Nabi dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana ada menceritakan;

“Almarhum dan dia (Ibrahim) selesai solat Subuh bangkit berjalan menuju maqam Rasulullah untuk ziarah maqam Baginda sebab mereka baru sampai dari Malaysia ke Madinah al Munawarah pada malam tersebut.

“Ketika bergerak ke maqam nabi, almarhum berselawat lebih kurang 70 kali ketika berjalan menuju ke maqam. Tinggal lagi satu meter untuk berdiri di hadapan maqam Nabi, almarhum jatuh ke belakang, bukan menuju ke arah hadapan. Ibrahim menyangkakan almarhum ketika itu hanya pengsan, jadi dia tak talqinkan almarhum, kecuali hanya memanggil nama sahaja “Bad, Bad!”

fadhilat mati di mekah
Arwah sungguh beruntung kerana pemergiannya diiringi dengan doa orang ramai.
hikmah mati di mekah
Almarhum disemadikan di Jannatul Baqi di Madinah.
adakah mati di mekah masuk syurga
Ratusan orang ramai yang mengiringi perjalanan terakhir arwah. Subhanallah.

“Rupanya almarhum terus menghembus nafas di sana tanpa ada tanda sakit apa-apa. Maulana Aswadi beritahu kepada saya “Jika orang meninggal di tempat lain kita boleh tanya apa asbab dia meninggal. Tapi jika di depan maqam nabi, tak perlu tanya lagi apa asbab dia.”

Arwah sememangnya sangat beruntung dan tidak semua orang yang akan mendapat peluang sebegini. Sesungguhnya arwah adalah insan yang terpilih, tambahan pula di 10 hari terakhir Ramadhan, berkemungkinan di hari kematiannya mungkin juga Malam Lailatul Qadar, siapa tahu?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Berikutnya adalah perkongsian daripada Datuk Dr Yahya Baba.

Kelebihan dan Kebaikan Meninggal di Mekah

Arwah Badrul Munir (Bad) telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Baqi’ Madinah Munawwarah.

Sangat-sangat beruntung dikau meninggal di Madinah kerana Nabi SAW akan beri syafaat.

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَ

Sesiapa yang boleh mati di Madinah hendaklah mati di sana kerana Aku akan syafaat Sesiapa yang mati di Madinah. Hr Tirmizi sahih.

Engkau beruntung kerana Meninggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa.

Firman Allah SWT :

Dan kalaulah apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0