in

Teknik dan Tips Membaca Al-Quran Dengan Lancar Berlagu

tips lancar membaca al-quran

Untuk menguasai atau membaca Al-Quran dengan baik dan berlagu atau secara bertarannum memerlukan pengawalan nafas yang tinggi dan suara yang baik, lebih-lebih lagi apabila masuk ke peringkat atasan seperti Jawab Bayyati dan Jawabul Jawab. Cara membaca Al-Quran dengan lancar memerlukan latihan dan teknik yang betul untuk mendapatkan nafas yang sempurna.

Nikmat baca Al-Quran hanya mereka yang sering membacanya saja tahu betapa indahnya mengamalkan pembacaan kitab suci ini. Sebenarnya ada cara tertentu untuk meningkatkan minat membaca Al-Quran serta kaedah bacaan dan juga cara cepat membaca Al-Quran dengan lancar dan betul.

cara memanjangkan nafas dengan cepat baca al-quran
Anda memerlukan nafas yang panjang untuk membaca Al-Quran dengan berlagu.

Kepada anda yang ingin belajar mengaji, anda disarankan mencari guru yang bertauliah seperti di Al-Baghdadi atau mereka yang telah mengajar ramai orang dan terbukti dengan kebolehannya. Walau bagaimanapun, zaman sekarang banyak dikongsikan di media sosial cara cepat belajar mengaji sendiri dan membaca Al-Quran dengan Tajwid yang boleh di download.

Tips Membaca Al-Quran Dengan Lancar

Berikut dikongsikan teknik atau tips dan kaedah cepat membaca Al-Quran dengan lancar berdasarkan dua kawalan pernafasan iaiti pernafasan perut serta pernafasan dada. Anda perlu melakukan kedua-dua petua yang ditunjukkan untuk membantu memanjangkan pernafasan serta melancarkan bacaan.

Latihan Nafas Perut

cara mengaji al quran dengan betul
Sumber : Al-Baghadadi

Teknik Nafas Perut

Paru-paru kita mempunyai bentuk yang kecil di atas(separas dengan bahagian dada) dan besar di bawah (bahagian atas perut). Ketika kita menarik nafas, pastikan perut kita mengembung bagi membenarkan udara yang lebih banyak memasuki paru-paru dan berkumpul di bahagian bawah. Kita boleh melakukan Teknik Pernafasan Perut dengan mengembungkan perut sambil mengekalkan saiz dada.

Elakkan dari Teknik Nafas Dada

Sekiranya kita menarik nafas dengan membesarkan dada (teknik nafas dada), maka udara hanya dapat memasuki bahagian atas paru-paru yang sedikit sahaja. Kita boleh mengenali teknik nafas dada apabila bernafas dengan dada kita mengembang dan perut kekal seperti biasa atau mengempis.

Latihan pernafasan

Lakukan latihan menahan nafas perut setiap hari secara berperingkat-peringkat. Sbagai contoh, pada hari pertama cuba lakukan latihan tahan nafas selama 20 saat, pada hari kedua 30 saat dan seterusnya. Orang-orang dahulu pernah melakukan latihan ini dengan menyelam di dalam kolam/sungai selama mungkin pada setiap hari.

Senaman Pernafasan

Lakukan senaman pernafasan dengan 3 step iaitu ‘Sedut-Tahan-Hembus’. Mula-mula, sedut nafas (nafas perut) sedikit demi sedikit selama 10 saat sehingga paru-paru dipenuhi dengan udara, kemudian tahan selama 10 saat sehingga perut terasa keras dan akhir sekali hembuskan udara keluar sedikit demi sedikit selama 10 saat. Pada hari-hari yang berikutnya, kita boleh tambahkan masa ‘Tarik-Tahan-Hembus’ ini kepada 15 saat, 20 saat dan seterusnya.

Baca juga : Fadhilat Surah Al Insyirah Yang Teristimewa Untuk Semua Kaum IBU

teknik membaca alquran
Untuk mengaji atau baca Al-Quran dengan betul dan baik adalah belajar dari guru yang bertauliah.

Jaga Pemakanan

Amalkan Minum air suam dan makanan Tidak Pedas : Makanan pedas dan minuman sejuk yang berais boleh mengakibatkan sistem pernafasan kita terganggu akibat hingus dan kahak yang terhasil daripada minuman berais dan makanan pedas. Ini akan menyebabkan suara menjadi serak, semput dan memendekkan nafas.

Lakukan Senaman

Bersenam akan menjadikan badan lebih cergas dan menjadikan pernafasan lebih teratur. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu iaitu 20 minit untuk setiap sesi senaman. Ada berbagai cara senaman yang boleh kita lakukan. Antara kaedah-kaedah senaman adalah dengan berjoging.

Mulakan latihan berjoging secara seragam selama 20 minit. Setelah itu, tambahkan kaedah sprint selama 5 minit. Atau anda boleh lakukan sprint selama 2 minit selepas berjogging selama 10 minit.

Sebelum menjalani latihan, lakukanlah nafas seperti biasa, dengan menarik dan menghembus nafas melalui hidung. Ketika dan selepas melakukan latihan, bernafas dengan menarik melalui hidung dan menghembus melalui mulut. Lakukan senaman ini pada waktu awal pagi.

Senaman Jeritan Batin

Anda boleh melakukan petua ini di rumah atau kolam. Jika ingin melakukannya di rumah, ambil baldi yang bersaiz besar dan isikannya dengan air sehingga penuh.

Kemudian, tarik nafas dalam-dalam (nafas perut) dan masukkan kepada ke dalam baldi tersebut dan menjerit sekuat mungkin. Sekiranya anda berada di dalam kolam, lakukannya sambil menyelam. Lakukannya Senaman Jeritan Batin ini setiap hari dan beberapa kali sehari untuk kesan yang lebih baik. – Semoga ilmu untuk mengaji ini bermanfaat dan selamat mencuba.

Anda boleh mempelajari teknik mengaji dan cara membaca Al-Quran dengan betul dan lebih baik di Al-Baghdadi Learning Centre Negeri Johor, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pakej-pakej  yang ditawarkan dalam pengajian Al-Quran yang sistematk dan inovatif. Sila hubungi mereka melalui aplikasi Whatsapp +6012-7221519.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0