in

Mengapa Wajib Basuh Pinggan Mangkuk & Sampah Dibuang Dulu Sebelum Tidur, Ini Sebabnya Yang Harus Semua Tahu!

kenapa perlu basuh pinggan sebelum tidur

Tugas-tugas seorang wanita ketika berada di rumah seperti membuang sampah dan basuh pinggan kelihatan agak remeh tetapi dilihat sering ditangguhkan sehingga ada yang lebih suka mengumpul, barulah dicuci kesemuanya sekali mungkin pada esok hari dan begitu juga dengan sampah disimpan sehingga memenuhi plastik.

Mengapa kita harus memastikan keadaan di dapur sentiasa dalam keadaan bersih dan mengapa sebelum tidur kita harus mencuci semuanya serta jangan meninggalkan satu pun yang belum dicuci? Kerana ianya merupakan amalan yang harus kita lakukan supaya dimurahkan rezeki yang lebih berkat.

bersihkan sinki sebelum tidur

Jadi, sebelum masuk tidur, anda harus memastikan semua cawan, pinggan mangkuk, bekas-bekas yang kotor haruslah dibasuh terlebih dahulu sebelum memejamkan mata. Sampah dan semua sisa makanan haruslah dibuang dan jangan tinggalkan dapur dan sinki yang kotor kerana sisa makanan berkenaan akan menjadi makan kepada syaitan.

Malahan ianya juga bertepatan dengan agama kita ajaran Islam;
Jangan dibiarkan pinggan dan juga mangkuk yang telah anda gunakan terbiar dan tidak dibasuh kerana tindakan itu makruh dan mewarisi kepapaan.

Pastikan semua barang yang telah digunakan dicuci selepas sahaja selesai menggunakannya. Semua sisa makanan dalam bekas dibiarkan semalaman tanpa dibersihkan akan menjadi habuan kepada syaitan dan iblis, kerana mereka amat menyukai kekotoran dan busuk.

hadis tak basuh pinggan

Puan Tya Mohamad turut mempunyai pandangan yang sama dan turut berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi postingnya di akaun laman sosial Facebook miliknya seperti berikut;

Kenapa Perlu Basuh Pinggan Sebelum Tidur

Pernah dengar tak? Pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam. Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.

Saya pernah dengar dulu masa zaman sekolah lagi. Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pon.

Tapi, tetiba ada yang reminder semula. Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah. Junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Ruginya selama ni tak buat sungguh2. Bukan tak basuh pinggan, cuma ikut mood. Bila rasa lapang baru buat. Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang tak basuh dah. Esok pagi baru nak basuh. Allah, tu la ambil ringan je.

4 perkara sunnah sebelum tidur

Bila dah tahu, rasa terpukul betul. Rasa nak putar semula masa.
Macam2 rasa ada. Selama ni meremehkan sunnah? Tak serius?
Allahu, aku tak sengaja.

Nabi suruh pasti bersebab. Pasti hikmahnya besar. Lepas dah tahu, sedaya upaya amalkan. Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas2 makan tu, basuh juga.

Rupanya betul. Bila dah settle kerja ni, lapang dada rasa. Nak bergolek pon tak bersalah. Nak berjimba pon, relax je sebab kerja dah selesai. Rumah pon rasa lapang je walaupun susun atur sama je macam selalu.

Pada satu sudut lain, jin pon tak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia. Tempat dia nak main tak ada sebab bersih je rumah kita.

amalan sebelum tidur sesuai sunnah

Paling penting hikmah di sebalik sunnah ini adalah menutup lubang2 kafakiran. Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.

Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasihMu.
Ampuni daku andai terculas lagi. Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolongan Mu, ya Rabbal a’lamin.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments