Sebaik-baik sedekah adalah memberi makan kepada orang lapar, adakah benar? Bagaimana pula jika kita menjamu orang berpuasa? Adakah ganjaran pahala perbuatan ini amat besar? Pasti ada yang tertanya-tanya tentang perkara ini.
Untuk mengupas tentang jika kita memberi makanan atau menjamu orang yang berpuasa, apakah hukum, kelebihan, fadhilat atau pahala yang si pemberi akan dapat telah diterangkan secara jelas oleh Ustaz Farid Rashidi.
Ganjaran Pahala Menjamu Orang Berpuasa
Berikut adalah perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi yang berkongsi tentang ganjaran hebat untuk mereka yang menjamu orang berpuasa atau memberikan makanan kepada mereka yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

Terbaca juga komen ada yang bertanya, “Kalau bujang macamana?”
Kalau bujang, dia boleh masakkan untuk ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, jiran atau sedekahkan makanan pada sesiapa yang berpuasa InsyaAllah dapat pahala besar tau.
Pahala sediakan makanan minuman atau menjamu orang berpuasa sama seperti pahala berpuasa.
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mungkin tak ada orang bisikkan terima kasih ditelinga, tapi tak apa. Allah SWT nilai setiap perbuatan ikhlas kita itu.
Ada pula yang kata, suami tak pernah ucap terima kasih pun. Cukuplah dapat tolong di dapur pun tak apa dah.
Allahu Rabbi.
Memang tak semua lelaki mampu ucap kata-kata itu. Tapi tak bermakna dia tak cakna. Janganlah sedih ya. Mungkin ada cara lain dia berterima kasih pada isteri samaada dengan membantu atau belikan sesuatu.
Untuk suami yang begini, boleh juga isteri cuba amal dahulukan ucap terima kasih. Mana tahu lama-lama dia pun terikut budaya baik begitu.
Yang menyedihkan, bila suami jenis langsung tak ambil tahu pasal rumahtangga, tak mahu tolong isteri, tahu mengarah itu ini dan jarang memberi berbanding menerima. Apatah lagi langsung tak pernah berterima kasih atau menghargai susah payah isteri. Ini tak sepatutnya berlaku.
Tahniah juga bagi suami jenis cakna kat dapur, suka tolong berbanding mengarah itu ini, banyak memberi berbanding menerima, tak lokek ucapkan maaf, berterima kasih tanda penghargaan. Selalu mendidik anak dan isteri ke arah kebaikan. Yakni jalan memungut redha Tuhan, menuju ke Syurga berkekalan.
Sebenarnya, di bulan puasa iaitu bulan yang teramat mulia ini, kita semua sebagai orang Islam amat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh termasuk sedekah serta memberi makan kepada golongan mereka yang sedang berpuasa.
Baca Juga : Puasa Tapi Tak Solat, Apakah Hukum dan Adakah Sah Ibadah Puasa Itu
Perkara ini juga jelas diterangkan melalui laman Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Imam Izzuddin Al Izz Bin Abd al Salam menjelaskan fadhilat memberi makan atau menjamu orang berpuasa:
“Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.” (Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam, Halaman 18)
Semoga perkongsian tentang ganjaran hebat yang diberikan kepada mereka yang menjamu orang yang berpuasa daripada Ustaz Farid Rashidi akan menambahkan lagi pengetahuan kita serta mendorong kita supaya terus bersedekah dengan ikhlas di bulan Ramadhan.