Senarai Terkini Menteri Kabinet 2018. Pengumuman yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad tentang senarai menteri kabinet yang baru bagi tahun 2018 kini mula tersebar selepas ianya menjadi tanda tanya rakyat Malaysia yang ingin tahu senarai kabinet keseluruhan selepas berakhirnya PRU14 baru-baru ini.
Senarai Menteri Kabinet atau nama Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru telah diserahkan oleh Tun M untuk tatapan semua rakyat Malaysia selepas terbinanya kerajaan yang baharu ini iaitu Pakatan Harapan yang melibatkan wakil-wakil Ahli Parlimen dari beberapa parti gabungan bersama Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Berikutnya adalah senarai penuh menteri kabinet bagi nama anggota semua jemaah menteri serta timbalan menteri kerajaan persekutuan Malaysia yang telah diumumkan baru-baru ini selepas Tun Mahathir mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammadd V di Istana Negara pada 18 Mei 2018.
Senarai Menteri Kabinet Terkini
Senarai nama Menteri Kabinet 2018 telah dikemaskini selepas pengumuman secara rasmi dibuat menerusi laman rasmi kabinet.gov.my.
PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir Bin Mohamad (Bersatu – Langkawi)
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail (PKR – Pandan)
MENTERI
BERSATU:
- Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin (Pagoh)
- Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
- Menteri Pembangunan Luar Bandar: Puan Rina Harun (Titiwangsa)
PKR:
- Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail (Pandan)
- Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali (Gombak)
- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)
DAP:
- Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)
- Menteri pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
- Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)
- Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran A/L Murugeson (Ipoh Barat)
AMANAH:
- Menteri Pertahanan: Haji Mohamad Bin Sabu (Kota raja)
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
- Menteri Kesihatan: Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad (Kuala Selangor)

Senarai Penuh 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri Kabinet Malaysia
Berikutnya dikongsikan senarai lengkap 13 Menteri dan juga 23 nama Timbalan Menteri Kabinet Malaysia tahun 2018 di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed selepas berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia dan juga Sumpah Simpan Rahsia oleh Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara.

Menteri Kabinet:
Menteri Belia dan Sukan: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Menteri Pembangunan Usahawan: Mohd Redzuan Md Yusof
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Dr. Xavier Jayakumar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Saifuddin Nasution
Menteri Kerja Raya: Baru Bian
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Abdullah
Menteri Industri Utama: Teresa Kok Suh Sim
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama): Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Menteri Wilayah: Khalid Abd. Samad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang): Datuk Liew Vui Keong
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Ignatius Darell Leiking
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Mohamaddin Ketapi
Senarai Timbalan Menteri:
Timbalan Menteri Wilayah: Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial): Dr. Md. Farid Md. Rafik
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Amiruddin Hamzah
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia: Eddin Syazlee Shith
Timbalan Menteri Industri Utama: Shamsul Iskandar Md. Akin
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Sim Tze Tzin
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar: R. Sivarasa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama): Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Kesihatan: Dr. Lee Boon Chye
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Chong Chieng Jen
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Hannah Yeoh Tseow Suan
Timbalan Menteri Pendidikan: Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Dr. Ong Kia Ming
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Mahfuz Omar
Timbalan Menteri Kerja Raya: Mohd. Anuar Mohd. Tahir
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan: Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang): Mohamed Hanipa Maidin
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Kamarudin Jaffar
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Mohd. Azis Jamman
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Isnaraissah Munirah Majilis

Majlis Penasihat Kerajaan
Selain Menteri Kabinet, Majlis Penasihat Kerajaan juga telah pun ditubuhkan untuk menasihati kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa dalam tempoh peralihan mengikut kesesuaian serta kepakaran masing-masing.
Majlis Penasihat Kerajaan kini dianggotai oleh 5 orang tokoh yang amat dikenali ramai serta mungkin ramai yang pernah mendengar nama-nama besar ini, mereka adalah seperti yang berikut:
- Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan)
- Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara)
- Tan Sri Hassan Marican (bekas Presiden & CEO Petronas)
- Tan Sri Robert Kuok (tokoh perniagaan)
- Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi)
Mungkin menjadi pertanyaan ramai selepas melihat senarai kabinet baru kerajaan Pakatan Harapan ini kerana dapat dilihat tiada dalam senarai wakil parlimen dari negeri Sabah atau pun dari Parti Warisan yang turut menyokong penuh Pakatan Harapan.
Semoga menteri-menteri yang ada dalam senarai Menteri Kabinet Terkini Malaysia bagi tahun 2018 yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan baik serta turut dapat memajukan negara Malaysia dengan baik, aman, makmur dan sejahtera sehingga ke generasi yang datang.
Rujukan: http:www.kabinet.gov.my
Loading…