in

Mesin ATM Beras Yang Pertama di Malaysia Untuk Bantu Golongan Asnaf

mesin atm beras untuk asnaf

Menyediakan kemudahan mesin ATM beras untuk membantu para golongan asnaf adalah satu tindakan yang harus dipuji kepada pihak pengurusan Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat kerana memberikan kemudahan yang tidak ternilai kepada penduduk di kawasan ini.

Mesin ATM beras tersebut adalah mesin yang pertama di Malaysia sebagaimana negara Indonesia yang telah pun berbuat demikian bagi memberikan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan dan kepada mereka yang memerlukan.

mesin atm beras
Mesin ATM-Beras yang pertama di Malaysia di Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat.

Mesin ATM beras yang unik ini turut mempunyai beberapa fungsi lain iaitu tabung derma dan juga sumbangan jemaah yang datang ke masjid. Semua hasil derma daripada orang ramai dikatakan akan digunakan untuk membuat pembelian beras yang akan diberikan kepada golongan asnaf.

Cara untuk menggunakan mesin ATM beras ini adalah dengan menyentuh kad pada sensor yang terdapat pada mesin dan kemudian bekalan beras yang disediakan sebanyak 2 kg akan dikeluarkan kepada saluran melalui ruang bawah mesin.

bantu golongan asnaf
Mesin yang disumbangkan oleh pihak pengurusan Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Untuk pertama kali mesin ini diperkenalkan, berita ini telah mendapat perhatian orang ramai terutamanya netizen di media sosial yang turut menyokong penuh dengan perkhidmatan ini yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada asnaf yang memerlukan.

Walau bagaimanapun, cara penggunaan mesin automatik ini haruslah ditunjukkan kepada mereka yang ingin menggunakannya agar mudah untuk digunakan ketika mereka mahu mengambil bantuan iaitu beras yang disediakan oleh pihak pengurusan masjid.

Berikutnya turut dikongsikan video penerangan bagaimana untuk menggunakan mesin ini yang dikhususkan untuk semua asnaf yang berada di kawasan berkenaan. Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur kerana menyediakan kemudahan ini kepada mereka yang memerlukan.

Semoga mesin ATM Beras ini akan dapat mengurangkan beban para asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan. Dengan adanya kemudahan sebegini di Masjid Al-Akram mungkin masjid-masjid lain di Malaysia boleh juga menyediakan kemudahan yang sama di setiap negeri. Semoga membantu dan semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments