in ,

Minum Milo Yang Suami Buat. Terus Tertidur. Sedar Dah Ada Dalam Bilik Tanpa Pakaian. Rupa²nya…

suami buat air milo

Ketika isteri masih lagi dalam fasa berpantang, si suami sepatutnya memahami keadaan isteri yang sedang lemah kerana melahirkan anaknya bukannya ‘menyerang’ isteri dengan membabi buta tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang yang akan dialami isterinya itu di atas tindakan bodohnya yang hanya mementingkan hawa nafsu semata-mata sedangkan isteri dalam tempoh berpantang selepas bersalin.

Para suami sila jangan pentingkan diri dan nafsu anda. Kesiankan isteri anda, beri mereka rehat untuk memperbaiki dalaman mereka! Mari kita baca coretan sedih dari seorang isteri ini, baru berpantang 20 hari, luka dalaman pun belum pulih dan masih ada darah nifas! Tetapi diberi ubat tidur dengan alasan sudah tidak tahan kerana ingin bersama.

Pantang Bersama Suami Selepas Bersalin

Salam warga Info ibu Hamil. Tq admin sebab siarkan luahan hati saya. Hari ni saya berpantang 20 hari, semalam adalah kejadian paling buruk ketika berpantang yang berlaku pada saya. Sepanjang saya berpantang, suami saya yang selalu letakkan ubat dekat luka jahitan saya.

tempoh berpantang seorang isteri
Isteri yang dalam tempoh berpantang seharusnya mengelakkan untuk ‘bersama’ suami.

Semalam dia ada minta nak “bersama” tapi saya tak nak sebab saya cakap saya masih berpantang, darah nifas belum kering dan luka bahagian dalam belum baik lagi walaupun luka luar dah baik. Lelaki biasa lah bila dengar jawapan macam tu terus buat muka tapi saya jenis tak layan sebab saya risau kalau saya sakit belum tentu dia peduli.

Lepas tu time nak makan, dia mesti sediakan makanan saya. Kita yang breastfeedkan anak selalu haus dan mesti cari air dulu sebelum makan, saya minum lah air milo panas yang dia buatkan untuk saya. Dalam beberapa minit lepas tu, kepala saya pening terus saya tak sedarkan diri. Tiba-tiba saya sedar, saya dalam bilik tanpa pakai baju dan suami saya ada dekat sebelah tengah peluk saya.

Saya kejut suami, tanya apa yang dah jadi? dia senyum je. Lepas tu dia cakap tak tahan sangat. Terus saya tampar muka dia. Rupa-rupanya dia bagi saya ubat tidur dan dia dah meratah saya time saya tak sedar diri. Hmmm… saya tak tahu nak buat apa lagi.

Apa yang akan terjadi dekat diri saya selepas ni sedangkan saya belum habis berpantang. Tolong bagi pendapat, saya risau kalau saya sakit. Satu hari saya berkurung diri dalam bilik. Suami pujuk minta maaf saya langsung tak hiraukan, yang saya hiraukan diri saya dan anak saya je buat masa sekarang. hmmm…

BACA JUGA : Adakah Encik Bersama Dengan Isteri Sampai Jahitan Itu Koyak Rabak? & Suami Akhirnya Mengaku Paksa Isteri Bersatu Walau Baru Lepas Bersalin 4 Hari

Suami sepatutnya kena faham situasi isteri yang baru sahaja melahirkan anak anda, proses bersalin bukan mudah ya! Terpaksa jahit jika ada koyak faraj berlaku, mengapa perlu tergesa-gesa minta untuk bersama? Jika perkara begini berterusan, isteri anda mungkin akan mengalami sakit meroyan kerana terlalu stress dengan tindakan anda. Jagalah isteri dalam pantang sebaiknya.

Suami Yang Baik

Seorang suami yang baik juga seharusnya memahami tentang hukum agama, cara berpantang dengan betul, pantang larang selepas bersalin mengikut islam dan dalam masa yang sama harus belajar untuk bersabar, mengapa harus diikut dengan kehendak hawa nafsu? Berfikirlah secara rasional dan waras, isteri masih lagi belum sihat sepenuhnya,. Jika suami mampu bersabar dan tidak berbuat demikian, terbukti suami itu sangat menyayangi isterinya dengan ikhlas dan sepenuh hati.

suami yang baik menurut islam
Gambar hiasan.

Berapa lama pantang bersama suami selepas bersalin? Berdasarkan kajian yang dilakukan, sekiranya melakukan hubungan intim bersama suami selepas melahirkan anak dalam tempoh berpantang boleh menyebabkan embolisma udara yang akan menyebabkan berlakunya kematian terhadap isteri.

Embolisma udara yang memasuki ke ruang dalaman isteri itu akan berlaku apabila berlangsungnya hubungan ‘bersama’. Udara yang ditiup terus masuk ke dalam rahim dan kemudiannya memasuki ke saliran darah. Kesan akibat tindakan ini akan membawa kematian yang sering dlaporkan di beberapa negara barat.

Itulah kepentingan mengikut garis panduan dalam Islam tentang keperluan ‘bersama’ bagi isteri yang masih lagi dalam tempoh berpantang. Inilah sebabnya mengapa Rasulullah sendiri tidak mengalakkan perbuatan ini yang akhirnya membawa kesan yang amat buruk. Oleh itu, seseorang suami itu harus lebih memahami tentang garis panduan dalam melakukan hubungan bersama isteri demi kesihatan yang lebih baik dalam berumahtangga.

Sumber: Info ibu Hamil

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments