in

Misteri penemuan 7 janin dalam kotak makanan terjawab, pasangan kekasih gugur anak luar nikah berulang kali

Misteri penemuan 7 janin dalam kotak makanan terjawab, pasangan kekasih gugur anak luar nikah berulang kali

Janin yang ditemui dalam kotak makanan, disyaki milik pasangan kekasih. -gambar hiasan
MISTERI penemuan tujuh janin dalam kotak makanan terjawab susulan penahan satu pasangan kekasih.

Dalam kejadian di Makassar, Sulawesi Selatan di Indonesia, pasangan kekasih berkenaan berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun.

Ketua Polis Makassar, AKBP Reonald TS Simanjuntak pada Selasa mengesahkan perkara itu.

BACA : Doa Untuk Arwah Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia (Ayah & Mak)

“Hukuman di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak adalah penjara 15 tahun. Jika dibawah Akta Kesihatan, hukuman adalah penjara 10 tahun,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan penduduk Paccerakkang di Biringkanaya, Kota Makassar digemparkan dengan penemuan tujuh janin yang disembunyikan dalam kotak makanan.

Kesemua janin itu ditemui oleh pemilik rumah ketika membersihkan bilik yang ditinggalkan oleh penyewanya sejak enam bulan lalu.

Bilik itu disewa oleh salah seorang suspek wanita berusia 29 tahun, tetapi tidak membayar sewa selama enam bulan.

Pemiliknya kemudian bertindak mahu mengosongkan bilik tersebut sebelum menemukan janin di dalam kotak makanan ketika melakukan pembersihan.

Seorang lagi suspek merupakan lelaki berusia 30 tahun yang juga pasangan kekasihnya.

Tujuh janin yang disembunyikan itu dipercayai kerana takut kehamilan luar nikah diketahui oleh kedua-dua keluarga.

Pengguguran pertama dilakukan pada 2012 dan berterusan sehingga tujuh kali.

Suspek lelaki dikatakan berjanji untuk berkahwin dengan teman wanitanya. – Kompas

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0