in

Ini Punca Nafas & Mulut Berbau Busuk Walaupun Sudah Gosok Gigi

mulut berbau busuk selepas cabut gigi

Penjagaan kebersihan dan kecantikan bukan sahaja dituntut dalam Islam malahan tidak kira apa anutan sekalipun lumrah manusia memang suka pada kebersihan. Begitu juga dengan diri serta nafas atau mulut berbau busuk pasti akan merungsingkan kerana akan dianggap pengotor oleh orang yang berdepan dengan kita.

Bermula dari hujung rambut ke hujung kaki setiap inci badan akan dipastikan terjamin kebersihannya. Namun, ada satu masalah kebersihan dimiliki oleh kebanyakan orang iaitu mulut berbau busuk atau nafas yang busuk walaupun sering gosok gigi tapi tetap berbau.

Apakah punca pernafasan anda berbau dan mulut berbau busuk sehingga menyebabkan anda hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan, jom ikuti perkongsian berikut.

Masalah Mulut Berbau Busuk dan Nafas Berbau

Pernafasan berbau atau mulut berbau busuk paling ketara adalah ketika setiap pagi selepas kita baru bangun dari tidur yang panjang. Tiada orang yang terkecuali walau sekerap mana dia gosok gigi pun.

punca mulut berbau busuk walaupun sudah gosok gigi

Punca Nafas Berbau dan Mulut Berbau Busuk

Faktor utama ialah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa makanan yang tidak dibersihkan sepenuhnya akan mula mereput dan menyebabkan nafas kita berbau. Masalah pada gusi seperti gusi bengkak atau terluka juga menjadi punca mulut berbau kerana bahagian tersebut dijangkiti kuman.

Begitupun, penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas berbau. Disebabkan itu juga dinasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.

Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.

Tonsil Stone Punca Pernafasan Berbau Yang Ramai Tidak Sedari!

Ramai tidak menyedari masalah pernafasan berbau mereka adalah berpunca oleh TONSIL STONE. Ianya merupakan kumpulan dari sel lekosit/bakteria,sel mati, epitel dan sisa makanan yang terperangkap di celah lekukkan tonsil.

punca mulut berbau busuk
Image source : WikiHow

Kehadiran tonsil stone selalu dialami oleh mereka yang berulang kali mengalami jangkitan pada tonsil. Tonsil stone boleh dihindari dengan memastikan rutin mengosok gigi yang betul. Tidak bermakna anda perlu kerap mengosok gigi tapi pastikan mengumur mulut selepas makan dan juga mengunyah chewing gum tanpa gula.

Tonsil stone ini boleh dihilangkan dengan penggunakan laser di hospital pakar. Tapi ianya boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan putik kapas atau kerap berkumur dengan air garam.

Jadi selesaikan masalah pernafasan berbau dan mulut berbau busuk dengan segera. Pasti tiada lagi kawan-kawan atau ahli keluarga terpaksa menahan nafas semasa berborak dengan anda walau di mana pun anda berada.

Baca : Cara Atasi Mulut Berbau Kerana Karang Pada Gigi Yang Ramai Tak Tahu

Halitosis atau Nafas Berbau

Berikut adalah perkongsian daripada daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dengan menekankan tentang cara untuk hilangkan masalah nafas berbau atau menghindari masalah bau mulut yang ketara.

  • Halitosis dirujuk sebagai “Nafas Berbau”. Ianya adalah satu keadaan di mana terdapatnya bau yang tidak menyenangkan dari nafas seseorang.
  • Lazimnya terjadi akibat aktiviti tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal dalam mulut.
  • Halitosis mudah berlaku jika kesihatan dan kebersihan mulut tidak dijaga rapi.
  • Halitosis mudah ditangani mengikut punca penyebabnya.

Punca-punca yang dikenal pasti dari sudut kesihatan pergigian :

  1. Bakteria terkumpul dalam rongga mulut.
  2. Karies
  3. Gingivitis
  4. Merokok
  5. Mulut Kering
  6. Makanan yang berbau kuat

Note : Halitosis juga boleh menjadi indikator penyakit sistemik yang lain.

Sila dapatkan khidmat nasihat dari pakar-pakar pergigian yang bertauliah untuk mengelakkan masalah bau mulut atau nafas berbau ini dengan kadar segera. Pastikan anda merujuk kepada mereka yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

cara hilangkan mulut berbau

Infografik ini menunjukkan beberapa kaedah atau cara hilangkan mulut berbau busuk iaitu Halitosis dengan betul dan berkesan. Berhati-hati kerana masalah halitosis boleh menjadi punca kehadiran atau kedatangan anda tidak disenangi orang lain. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0