in

Murid Tadika Terima 30 Jahitan Di Muka, Kaki & Tangan Selepas Sinki Pecah Ketika Basuh Tangan

kes sinki pecah

Sememangnya malang itu tidak berbau apabila seorang budak lelaki murid tadika telah menerima lebih dari 30 jahitan di mulut, tangan dan kaki selepas mengalami kecederaan akibat sinki jenis seramik di sekolah tadikanya didapati pecah sewaktu beliau ingin mencuci tangan.

Perkongsian dari The Reporter dan Eyra Azeyra, ibu saudara kepada mangsa, Aqeef, 6, kejadian itu berlaku pada minggu akhir persekolahannya ketika mangsa hendak membasuh tangan.

“Malang tak berbau. Terima lebih 30 jahitan di muka, mulut dan tangan.

“Sudahlah esok dia nak konvo, dengan persembahan. Dah berapa lama dia praktis,” katanya.

Menurut Eyra, anak saudaranya tidak memanjat singki tersebut namun tidak menolak kemungkinan mangsa diasak beramai-ramai oleh murid-murid yang mahu membasuh tangan.

budak cedera

“Tak panjat. Maybe ramai-ramai asak-asak dan berebut nak basuh tangan. Mujur Aqeef tak pengsan sebab bila sampai di tadika tadi, semua budak-budak menangis macam histeria. Takut darah tubik banyak sangat.

“Mulut sampai bawah dagu kena jahit. Dalam mulut pun kena jahit,” katanya.


murid tadika

murid tadika

Justeru, Eyra berharap pihak tadika dan mana-mana pusat asuhan tidak memasang singki seramik seperti itu dan memastikan semua singki yang sedia ada selamat digunakan oleh murid-murid.

“Semoga tadika dan pusat asuhan tidak lagi memasang sinki seramik seperti ini,” katanya.

Diharap pihak tadika atau pusat asuhan tersebut dan juga pusat-pusat asuhan yang lain jadikan kejadian yang menimpa murid tadika ini sebagai iktibar dan tidak lagi memasang sinki sedemikian di tadika tersebut. Apa pun semuanya sudah berlaku dan kita harus memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Kejadian ini pasti akan menakutkan ibu bapa dan bagaimana sekiranya berlaku kepada keluarga kita sendiri atau murida tadika lain dan anak sendiri. Nasib baik hanya mengalami kecederaan sedemikian, sekiranya kehilangan nyawa, siapa yang akan bertanggungjawab?

Semoga adik ini cepat sihat seperti sediakala dan semoga kejadian yang berlaku terhadap adik (murid tadika) ini menjadi pengajaran kepada orang lain di luar sana agar selalu berhati-hati dan memantau kawasan masing-masing supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments