in

‘Myvi Tak Sesuai Dimodifikasi Untuk Dibawa Pada Kelajuan Tinggi

modifikasi myvi tak sesuai

Kereta bagi sesetengah kaum lelaki boleh diibaratkan sebagai ‘isteri kedua’ dan modifikasi kereta merupakan salah satu hobi yang digemari oleh kaum lelaki. Kereta yang ‘standard’ diubahsuai ekzos atau enjin untuk mendapatkan bunyi yang lebih kuat ataupun kelajuan yang lebih.

Ada juga peminat kereta yang memodifikasi kereta secara luaran bagi menampakkan kereta tersebut lebih menarik dan unik. Walaupun ianya tidak salah tetapi pemilik kereta hendaklah memastikan ubah suai tersebut menepati ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Perkongsian dari Qasmi Ramli ini sebenarnya dapat menyedarkan pemilik kereta akan kemampuan sesebuah kereta sebelum dimodifikasi untuk mendapatkan kelajuan yang lebih tinggi. Tetapi adakah ianya berbaloi jika nyawa yang dipertaruhkan? Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.

Untuk Kaki Mod MyVI

gambar kereta myvi
Perodua Myvi 1.3 SE (S-Series). – © Manoj Prasad

Hari ini terlihat satu kemalangan myvi yang melanggar divider jalan. 2 org mangsa (semua yang berada dlm kereta) meninggal dunia di tempat kejadian.

Saya pernah diupah untuk customkan MyVi advance 1.5. Setelah separuh jalan modifikasi saya terpaksa hentikan kerana chasis myvi tidak sesuai untuk kelajuan melebihi 120km/h.

Modifikasi Road Performance:

1. Haltech ecu Sprint 5000
2. Larger fuel injector 240c
3. Eibach spring
4. Rim 15 original enkei.

Hasil : Top speed 220km/h
Keselamatan: Chasis vibrate dan hampir koyak.
Keputusan : MyVi bukan kereta sesuai untuk modifikasi bagi mendapat kelajuan tinggi.

Harap terima pandangan saya. Kerana hari ini dah terbukti myvi tidak ada ciri ciri chasis hardness.

modifikasi kereta myvi
Chasis Myvi.
baiki myvi
Vibration pada sekitar kawasan bulat, berlaku anjalan pada logam.
excel belakang myvi
Penumpang belakang hanya dilindungi oleh excel belakang sahaja. Gambar bawah kereta sebelah belakang.
pasang BAR UR Alza dan myvi
Untuk tujuan keselamatan, pengguna Myvi / Azla boleh pasang bar UR ini .
geng myvi
Bagi menjawab kemusykilan geng Myvi – Foto Awang Berani

Perkongsian dan penulisan saya ini sebenarnya bukan untuk viral tetapi saya merasa kasihan pada mereka yang ingin modifikasi MyVi milik mereka tanpa langsung memikirkan aspek dan faktor yang lain. Perbelanjaan duit untuk modifikasi habis beratus ribu tetapi nyawa akhirnya yang dipertaruhkan.

Sumber : Qasmi Ramli

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0