in ,

Nafas Berbunyi Pada Bayi Bahaya atau Tidak? (Laryngomalacia)

Nafas anak berbunyi ngik ngik

Susah bernafas atau nafas berbunyi di kalangan bayi atau anak anda, jangan sekali dipandang ringan kerana kesempitan saluran pernafasan sama ada berlaku kepada kanak-kanak atau orang dewasa akan menyebabkan masalah pernafasan yang sangat serius.

Jika nafas berbunyi ketika anda menyusu bayi sama ada normal atau tidak, anda wajib berhati-hati dan mengambil langkah yang wajar agar anak anda tidak mengalami sesak nafas ketika menyusuinya. Pasti ada cara untuk menghilangkan atau mengatasi nafas bayi yang berbunyi itu.

Perkongsian Dr Ezairy M. Salleh yang menerangkan secara terperinci tentang nafas bayi yang berbunyi dan adakah ia bahaya atau tidak serta apakah punca-puncanya. Malahan beliau turut berkongsi teknik dan cara mengatasi permasalahan yang berkaitan dengan nafas anak berbunyi atau pernafasan bayi.

Adakah Bahaya Nafas Berbunyi Pada Bayi?

Nafas bayi berbunyi : Bahaya atau tidak?

“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”

normal atau tidak nafas bayi berbunyi
Laryngomalacia berkait dengan saluran pernafasan dan kotak suara bayi yang harus dipandang serius.

Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu.

1. ‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi.

2. Struktur larinks yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tisu sekitarnya jatuh dan menutupi di atas bukaan saluran pernafasan dan menghalang proses pernafasan!

3. Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan.

4. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!

Apa sebab berlakunya masalah ini?

1. Penyebab sebenar laryngomalacia tidak diketahui. Relaksasi atau kekurangan kekuatan otot di saluran pernafasan kebiasaannya menjadi faktor. Ia biasa berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan.

2. Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis.

Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak!

cara menghilangkan nafas berbunyi pada bayi
Ilustrasi NORMAL dan TIDAK NORMAL untuk Laryngomalacia.

Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:

1. Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang)

2. Kesukaran ketika makan atau menyusu

3. Mengalami masalah berat badan

4. Kemungkinan tercekik semasa memberi makan

5. Apnea (penghentian pernafasan)

6. Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas

7. Cyanosis (menjadikan biru)

8. Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi)

9. Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)

Apakah teknik rawatan bagi pesakit laryngomalacia? Adakah ia serius ?

1. Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan.

2. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.

Perhatian!!!

Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:

nafas bayi laju ketika tidur berdengkur
Segera bawa bayi anda berjumpa doktor jika anak anda menghadapi masalah seperti ini.

1. Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat

2. Kelihatan biru di sekeliling bibir

3. Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya.

Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat. Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari.

Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah.

Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak

Baca : Adakah Tabiat Bayi Suka Menghisap Jari Memberikan Kesan Terhadap Susunan Giginya Bila Besar Nanti? Doktor Ini ada Jawapannya..

Semoga perkongsian berkaitan dengan nafas berbunyi pada anak anda ini atau dikenali juga sebagai Laryngomalacia akan membantu anda menangani serta mengatasi masalah pernafasan yang dihadapi baby anda yang comel itu. Ingat! jangan sekali memandang remeh atau sambil lewa jika anak mempunyai tanda-tanda tersebut. Segeralah ambil tindakan sebelum perkara yang tidak baik berlaku. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments