in

NAIK LAGI! Ini Harga Minyak Petrol & Diesel Bermula 25 Mei Hingga 31 Mei 2017

penjualan minyak

Seperti biasa, harga minyak kini ditetapkan mengikut kaedah mingguan setiap hari Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini.

TERKINI, Harga petrol RON95, RON97 dan diesel diumumkan masing-masing naik 4 sen bermula jam 12.01 tengah malam ini bagi tempoh seminggu sehingga 31 Mei ini.

Menurut laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga terbaru itu menjadikan RON95 ialah 2.12 berbanding RM2.08 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.40 seliter berbanding RM2.36 sebelum ini.

Diesel juga naik sebanyak 4 sen, menjadikan harga jualannya RM2.03 berbanding RM1.99 seliter.

kenaikan harga minyak
Harga Minyak.

Minggu lalu, harga bahan kedua-dua bahan api ini juga telah mengalami kenaikkan, iaitu Petrol naik sebanyak 7sen dan Diesel 4 sen.

Sumber: infokini.my

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0