in

(TERKINI) Najib Razak Umum Letak Jawatan Presiden Umno

Najib letak jawatan

Berita ini mungkin tidak akan mengejutkan ramai rakyat Malaysia kerana semua sedia maklum bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah pun membuat pengumuman di atas perletakkan jawatannya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN (Barisan Nasional) yang selama ini disandangnya.

Melalui laporan laman Malaysia Kini yang menyatakan bahawa Najib Razak telah pun mengumumkan berita perletakkan jawatannya itu ketika berada di sidang media di Menara Dato Onn di ibu negara pada hari ini. Melalui perletakkan jawatan tersebut yang juga Biro Politik Umno memutuskan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik untuk menjalankan segala tugas-tugas sebagai Presiden Parti.

barisan nasional
Datuk Zahid Hamidi, Najib Razak dan Datuk Hishamuddin.

Menurut kata Najib, mesyuarat biro politik yang telah berlangsung itu turut mengambil kira keadaan semasa yang sangat getir akibat kesan daripada Pilihan Raya Umum yang ke 14 yang telah pun berlangsung pada 9 Mei lalu.

Memandangkan bahawa Umno dan BN telah mengalami kekalahan yang amat berat maka saya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan ini serta merta, katanya.

Datuk Seri Najib Razak letak jawatan presiden umno dan bn
Sumber: Malay Mail

Walau bagaimanapun, melalui perlantikan Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden Umno, Hishamuddin pula telah dilantik oleh parti berkenaan sebagai Timbalan Presiden Umno serta Timbalan Pengerusi BN bagi menjalankan tugas-tugasnya.

Menurut Najib lagi, ketiga-tiga sayap Umno telah memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap cadangan itu.

Melalui rekod yang lalu jawatan Timbalan Presiden parti itu dikatakan kosong selepas pemecatan terhadap penyandangnya itu Tan Sri Muhyiddin Yasin pada tarik 24 Jun 2016.

Turut hadir ketika sidang media berkenaan ialah beberapa pemimpin kanan lain dalam Umno seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan juga Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Berikutnya adalah rakaman video sewaktu perletakan jawatan Najib sebagai Presiden Umno dan juga Pengerusi Barisan Nasional di sidang media di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini melalui Kini TV.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments