in

Gempar! Najib sudah ada isteri kedua? Ada yang sangsi, foto mesra mungkin ‘photoshop’

Gempar! Najib sudah ada isteri kedua? Ada yang sangsi, foto mesra mungkin ‘photoshop’

Gambar tular isteri Najib. Gambar kecil, bahagian tangan yang dikatakan kabur seperti disunting.
MEDIA sosial dikejutkan dengan sekeping foto mengaitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama lima individu lain.

Menerusi Twitter @Salim_Iskandar yang membuat pendedahan berkenaan, Najib dipercayai bergambar dengan sebuah keluarga selain di sebelah beliau dilihat seorang wanita sedang merangkul erat lengannya.

BACA : Bahagia guna motor ihsan warga TikTok, tinggal di rumah sempit! Bapa manfaat peluang hari hujan basah bersama anak di taman permainan

Lebih mengejutkan apabila individu berkenaan turut mendakwa wanita yang dikatakan bekas pramugari itu adalah isteri Najib.

“Dulu dia kerja stewardess (pramugari). Yang kenalkan bossku (Najib) dengan dia adalah abangnya.

Ciapan yang dibuat Salim Iskandar

“Dia ni bekas CEO Malaysian Tourism Exchange (Matex),” jelasnya.

Dalam pada itu, pelayar Twitter berkenaan turut berkongsi mesej menerusi WhatsApp yang diterima berhubung kesahihan gambar tular berkenaan.

“Gambar ni tok (Datuk) no issue sebab tu memang wife bossku yang sah,” demikian yang tertulis dalam tangkap layar mesej berkenaan.

Perkongsian tersebut kemudian di ulang kicau lebih 3,000 pelayar Twitter selain dikongsikan warganet dengan #rosmah sehingga menjadi trending nombor satu pada 19 Mei.

Tangkap layar mesej ‘pengesahan’ turut dikongsikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka bekas perdana menteri itu mempunyai isteri lain selain Datin Seri Rosmah Mansor.

“Berani juga kahwin lagi satu walaupun muka isteri pertama garang.

“Berkahwin lagi atau dah lama tapi tidak dikhabarkan?

“Ini baru betul, nak malu apa bossku! Perkara halal,” ujar beberapa netizen.

Ada yang menyatakan ia adalah disunting.

Bagaimanapun ada pula yang menyatakan bahawa foto yang tersebar itu telah disunting.

Kata mereka, Najib mungkin bergambar kenangan dalam satu majlis dipercayai sambutan hari jadi seperti yang dilihat ramai.

Namun wujud kesangsian pada bahagian tangan wanita yang sedang merangkul lengan Najib.

Najib dikatakan berkahwin dengan individu tular itu pada 2018.

“Macam photoshop, kenapa tangan bini dia kabur? Posture pun pelik,” komen seorang pelayar.

Najib merupakan bekas Perdana Menteri ke-6 yang terpalit dengan pelbagai dakwaan rasuah dan 1MDB.

Beliau juga terkenal dengan tagline ‘malu apa bossku’ dalam kalangan pengikutnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang di berikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

sumber mstar

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0