in

(VIDEO) Kenapa Najib Tengking Anggota Polis Di Luar Mahkamah Selepas Prosiding

kecoh kes najib tengking

Ramai rakyat Malaysia yang tahu tentang prosiding kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang berlangsung sejak beberapa hari lalu dan hari ini adalah hari yang keempat beliau hadir ke mahkamah.

Walau bagaimanapun, selepas sahaja prosiding itu selesai semalam, laman Malaysia Kini melaporkan bahawa satu kekecohan telah berlaku ketika di luar mahkamah yang membabit bekas Perdana Menteri tersebut dengan seorang lelaki dikatakan seorang mahasiswa.

Kekecohan itu dikatakan bermula selepas Najib baru saja ke keluar ke perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur dan telah ditegur oleh seorang lelaki yang mengatakan bahawa beliau adalah seorang pelajar dari sebuah universiti.

Najib Tengking Anggota Polis?

Lelaki terbabit mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan kepada bekas PM itu dengan soalan mengapa dia tidak dibenarkan untuk mendengar perbicaraan berkaitan dengan kes SRC International Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, situasi tersebut secara tiba-tiba bertukar menjadi tegang selepas seorang anggota polis telah menghalang pemuda tersebut daripada terus mengajukan soalan terhadap bekas PM berkenaan.

Namun, Najib kemudiannya mengatakan ‘tak payah’ terhadap anggota polis terbabit dan turut menepis tangannya sebelum seolah menjerkah atau menengking dengan kuat kepada anggota polis berkenaan.

Tetapi Najib Razak juga sempat memalingkan wajahnya terhadap anggota p[olis terbabit sambil memohon maaf di atas kejadian itu. Untuk menjawab persoalan pemuda itu tadi, Najib menyatakan perkara berkenaan sebenarnya di luar bidang kuasanya.

“Saya tak tahulah, perlu tanya kepada mahkamah, bukan saya punya kuasa,” kata Najib terhadap pemuda yang mengaku dirinya adalah seorang pelajar universiti.

Ekoran kejadian yang tidak disangkakan tiu, Najib kemudiannya turut memuat naik satu status di Facebook miliknya bagi menjawab sebarang kekeliruan netizen berkaitan dengan kes tersebut yang telah berlaku di mahkamah selepas prosiding.

Najib menjelaskan, dia hanya mahu pihak polis memberikan peluang kepada pemuda berkenaan untuk bertanyakan soalan dan dia juga tidak mahu lelaki tersebut ditahan oleh polis.

Oleh sebab itulah baginya adalah sangat penting prosiding ini untuk ditayangkan secara langsung sama ada di Facebook LIVE atau pun menerusi laman YouTube.

Maklum Balas dari Najib Razak

MAKLUMBALAS SAYA:

1. Saya tahu pihak polis sedang menjalankan tugas untuk memastikan keselamatan saya. Cuma saya berpendapat bahawa anak muda ini dibenarkan peluang untuk bertanya dan tidak ingin dia ditahan oleh pihak polis.

Sekali lagi, saya berterima kasih dan memohon maaf kepada pihak polis.

2. Itulah sebab saya pernah bersetuju bahawa prosiding ini dibenarkan untuk disiarkan secara langsung.

Sekurang-kurangnya boleh ditonton melalui FB Live atau di YouTube.

Tak baik kalau kita kecam bekas PM kita tanpa usul periksa dan melihat hal sebenar yang telah berlaku. Yang pasti Najib pun macam kita jugak manusia biasa. Mungkin selepas prosiding beliau stress dan akhirnya berlakulah perkara ini. Semoga semuanya baik saja.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments