in

Pelanggan Temui Najis Binatang Dalam Timbunan Ikan Bilis Di Sebuah Pasar Raya Terkenal

RAWANG, SELANGOR – Heboh di media sosial dengan beberapa gambar yang memaparkan satu penemuan najis binatang dalam timbunan ikan bilis yang dijual di sebuah pasar raya terkenal di Rawang mengundang berbagai reaksi netizen.

Gambar tersebut tular sejak semalam selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nanmanjoi Hamzah pada jam 1 pagi.

Nanmanjoi mendakwa, insiden berkenaan telah berlaku di sebuah pasar raya di Rawang dengan kenyataan yang ditulisnya berbunyi, “mujur tak pergi SITU. Agaknya malam-malam dilepasnya anjing bebas dalam kedai itu. SITUjalan ke Rawang dari Sungai Choh”, katanya.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen dilihat menafikan tentang najis berkenaan dengan menyatakan bukanlah dari seekor anjing sebaliknya najis tersebut adalah najis kucing memandangkan saiz serta hanya kucing yang menyukai ikan bilis.

Sehubungan dengan perkara tersebut, rata-rata netizen telah menggesa pihak Jabatan Kesihatan Negeri dengan segera mengambil tindakan dan harus membuat siasatan berhubung dengan kenyataan yang didedahkan oleh pengguna Facebook terbabit.

Menurut netizen juga, siasatan harus dilakukan dengan segera memandangkan perkara ini membabitkan soal kebersihan makanan yang ingin dijual kepada pelanggan.

Sehingga sekarang, masih lagi tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak pasar raya tersebut berkaitan dengan posting pengguna Facebook terbabit yang mendakwa penemuan najis tersebut di pasar raya berkenaan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0