in

Nak Anak Membesar Dengan Sihat?? 5 Perkara Penting Yang Wajib Anda Tahu

Anak Membesar

Setiap ibu bapa sudah pastilah mahukan anak membesar dengan kuat dan sihat dan menjadi seorang yang pintar. Betul tak??

Anak Membesar

Tapi pernah tak anak kecil anda menjadi seorang yang pasif dan tidak aktif seperti kanak-kanak yang lain?? Sebenarnya, dalam kita tidak sedar, kita ada melakukan kesilapan dalam membesarkan anak pada 5 tahun pertama. Kenapa 5 tahun pertama?? 5 tahun pertama adalah waktu di mana anak-anak baru hendak membesar dan waktu di mana mereka sedang meneroka sesuatu yang baru. Justeru itu, pada waktu inilah waktu yang sangat penting untuk ibu bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak kecil anda.

Kita Perlu Mainkan Peranan Jika Mahu Anak Membesar Dengan Kuat Dan Sihat

Justeru itu, ibu bapa perlu mainkan peranan yang penting dan meluangkan masa bersama anak. Ada segelintir dari ibu bapa yang gemar memberikan anak mereka bermain dengan tablet atau telefon pintar. Sebenarnya, tidakkan sebegini boleh memberikan buruk kepada perkembangan tumbesara anak anda yang hendak membesar.

Ia boleh membuatkan anak anda berada dalam keadaan pasif dan tidak aktif seperti kanak-kanak kecil yang lain. Jadi, jika anak membesar dengan uat dan sihat ia perlu bermula dengan tindakkan kita ketika menjaganya di rumah. Ada beberapaperkara penting yang wajib ada tahu jika hendak anak membesar dengan aktif seperti kanak-kanak yang lain.  Antaranya ialah:

1- Komunikasi Bersama Anak Kecil

Walaupun, anak ada masih kecil tetapi komuniasi juga sangat penting. Ini kerana, daripada waktu beginilah kita dapat mengajar anak kita bercakap dan panggil perkataan tertentu seperti panggilan ayah ibu dan sebagainya. Ini kerana, pada waktu ini, kanak-kanak akan mudah hadam dan terikut-ikut apa yang kita cakap. Dalam pada masa yang sama pada waktu ini jugalah kita dapat mengajar anak-anak untuksebut perkataan-perkataan penting.

Anak Membesar

2- Bermain Bersama Anak

Kadangkala anak mahukan perhatian dengan kita dan mengajak kita bermain tetapi mungkin ada antara kita yang sedang sibuk dan menjadikan anak bermain permainan video dalam telefon atau tablet adalah salah satu cara untuk mengelakkan mereka mrngganggu kita buat kerja

Ataupun mungkin ada antara kita yang leka dengan telefon tanpa melayan anak kita bermain. Sebenarnya, dengan bermain ia dapat meningkatkan neuron minda anak anda dan dalam pada masa yang sama ia juga dapat membantu meningkatkan kecerdasan minda anak anda. 

Bukan itu sahaja,

Baca Juga: Hukum Trade In Emas Dalam Islam (Cara Elak Riba Jual Beli)

3-Persekitaran Rumah Yang Sihat

Satu lagi perkara penting yang perlu kita lakukan ialah kita perlu menyediakan persekitaran rumah yang sihat. Iaitu persekitaran yang tidak terlalu huru hara dengan pergaduhan dan sebagainya. Persekitaran yang pincang sebenarnya memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak yang hendak membesar dengan pintar. Ia secara tidak langsung membuatkan kanak-kanak tersebut mmeberontak dan menjadi seorang kanak-kanak yang tidak mendgar kata.

Anak Membesar

4- Pemakanan

Pemakanan juga turut memainkan peranan dalam tumbesaran anak. Untuk anak membesar dengan sihat dan kuat, kita perlulah memberikan makanan yang sihat dan berkhasiat kepada anak-anak supaya badan mereka mendapat sumber zat nutrien yang mencukupi agar mereka tidak mudah jatuh sakit dan untuk menguatkan imun badan. Dalam pada masa yang sama makanan yang sihat dan berkhasiat juga dapat mencerdaskan minda anak anda dan dapat menjadikan mereka seorang kanak-kanak yang aktif. Dalam masa yang sama ia juga sangat bagus untuk anak membesar dengan sihat

Kredit: Evolusi Shah Mivec

 

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0