in

Nak Anak Soleh Solehah?? Ini Doa Dan 4 Tips Yang Boleh Anda Gunakan

Anak Soleh Solehah

Siapa je tak anak anak Anak Soleh Solehah?? Setiap ibu bapa sudah pastilah anak-anak Anak Soleh Solehah

Anak yang soleh dan solehah merupakan impian bagi setiap para ibu bapa di luar sana. Sebagai seorang ibu bapa sudah pastilah mahukan anak-anak mereka membesar dengan mempunyai pegangan agama yang kukuh dan mentaati perintah Allah. Selain itu, mereka juga mahukan anak-anak yang mereka besar menjadi seorang mukmin yang sejati.

Anak Soleh Solehah

Rahsia Nak Jadikan Anak Soleh Solehah Bermula Dari Ibu Bapa Itu Sendiri

 

Untuk mempunyai anak soleh solehah bukan semudah ABC, tetapi ia perlu bermula dari diri kita sendiri dan ia perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Ini kerana, anak-anak ibarat kain putih dan sebagai ibu bapa, kitalah yang mencorakkanya untuk menentukan ke mana arah tuju mereka di masa hadapan.

Anak Soleh Solehah

Justeru itu, dari rumahlah bermulanya kita mendidik anak-anak dengan menggunakan cara islam. Selain dari mendidik dengan cara islam, ibu bapa juga perlulah mengamalkan beberapa doa yang sangat bagus untuk mendapatkan anak soleh solehah

Salah satu doa yang boleh anda amalkan adalah satu doa yang telah dikongsikan oleh sebuah Facebbok yang bernama Nabila Ahmad. Bagi ibu yang mengandung, sangat sesuai untuk mengamalkan doa yang sangat hebat ini supaya 

Baca Juga: Hukum Trade In Emas Dalam Islam (Cara Elak Riba Jual Beli)

Doa ini jugalah antara doa yang selalu digunakan dan sering di amalkan oleh kebanyakkan ibu sewaktu mereka mengadung supaya mereka mnedapat anak yang soleh dan baik. Jadi, kepada anda yang sedang mengandung, anda boleh amalkan doa ini dengan kerap supaya anak yang keluar nanti dapat menjadi anak yang soleh solehah

Tips Untuk Mendapatkan Anak Soleh Solehah

Anak Soleh Solehah

Selain dari berdoa, untuk mendapat anak Soleh Solehah ia perlu bermula dengan usaha kita. Ada beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk mendidik anak-anak supaya meeka boleh menjadi seorang yang soleh dan solehah. Antaranya ialah:

1- Terapkan Ilmu Agama Dari Kecil

Perkara pertama sekali yang perlu kita lakukan ialah dengan menerapakn ajaran islam dan mendidika anak dengan cara islam semenjak mereka masih kecil lagi. Ianya lebih mudah berbanding kita didik anak cara islam bila mereka sudah besar

2- Tunjukkan Contoh Yang Baik

Satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan ialah kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Anak-anak adalah cerminan kita, dan mereka akan ikut apa yang kita lakukan di rumah. Ini kerana, anak kecil lebih cenderung untuk ikut apa yang ibu bapa mereka buat. Jadi, tunjukkan contoh yang baik buat mereka

3- Sediakan Persekitaran Yang Baik

Selain tu, persekitaran yang baik juga merupakan salah satu faktor penting dalam mendidik anakk supaya menjadi seorang anak soleh solehah. Ini kerana, dengan adanya persekitaran yang elok lebih mudah kita mendidik anak-anak mengikut cara isal dan mereka tidak terdedah dengan perkara yang tidak elok apabila mereka sedang membesar nanti.

4- Amalkan Permakanan Yang Elok

Selain itu, sewaktu mengandung juga ibu perlulah mengamalkan permakanan yang elok dan perbanyakkan mengambil makanan sunnah seperti kismis kurma dan sebagainya  supaya anak yang bakal lahir nanti menjadi seorang yang cerdik dan anak yang baik

Doa Anak Soleh Dan Solehah

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0