in

Nak berdakwah di kampung, Ustaz Nazrey cerita detik mahu keluar dari Raihan

Lagu ‘begitu syulit lupakan rehan’ yang sejak kebelakangan ini ada di mana-mana telah membuatkan kita teringat akan satu nama kumpulan nasyid yang tidak asing kepada kita semua.

Kumpulan nasyid Raihan yang ditubuhkan pada 1996 cukup terkenal dan sampai ke hari ini lagu-lagu dendangan kumpulan tersebut masih didengari.

Cerita Ustaz Nazrey keluar Raihan

Pada zamannya, kumpulan berkenaan cukup terkenal sehingga kerap ke luar negara bagi mengadakan persembahan, baik di negara Islam mahupun bukan.

Namun begitu, pada 2006, vokalis utama kumpulan tersebut iaitu Ustaz Nazrey Johani telah mengambil keputusan untuk keluar dari Raihan dan pulang ke negeri kelahirannya.

Dedah keluar dari Raihan

Selepas 17 tahun keluar dari Raihan, beliau telah membuka mulut mengapa beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari Raihan yang ketika itu sedang berada di puncak.

Menerusi perkongsian di TikTok @nazreyjohaniofficial, beliau sama sekali tidak mengejar populariti dan pernah berdoa agar suatu saat nanti beliau mempunyai ‘jalan’ serta sebab kukuh untuk keluar dari Raihan yang ketika itu menjadi sebutan dimana-mana.

@nazreyjohaniofficial KENAPA SAYA KELUAR RAIHAN? Pendedahan ini diceritakan oleh Ustaz sendiri apabila team ustazustazah.com bertanyakan “Kenapa Ustaz tak pilih untuk berdakwah tanpa keluar daripada Raihan?” Lalu tergerak hati ustaz untuk berkongsikan kisah yang sebenar semasa kami berada di Pusat TajaQuran di Kg Bitoon, Ranau, Sabah. Selepas keluar dari Raihan, Ustaz giat dalam kerja dakwahnya untuk membangunkan maahad tahfiz di Sabah dan kini beliau bersama team ustazustazah.com sedang menjalankan sebuah Program TajaQuran untuk MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN. Program dijalankan untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan fardhu ain secara PERCUMA kepada anak-anak asnaf di seluruh Malaysia terutamanya rakyat Sabah. Kini 5 Pusat TajaQuran telah dibuka di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. KONGSI VIDEO INI SUPAYA SEMUA ORANG TAHU KISAH SEBENAR! Klik link utk sokong dakwah Ustaz: https://nazreyjohani.com #TajaQuran #NadiAlQuran #UstazNazreyJohani #Raihan #Sabah @UstazUstazah.Com ♬ original sound – nazreyjohaniofficial

Bercuti 20 hari

Selepas pulang dari luar negara yang menjadikan persembahan live terakhirnya sebelum membawa haluan sendiri, Ustaz Nazrey memaklumkan yang beliau ingin bercuti selama 20 hari dan pulang ke Sabah selepas 6 tahun tidak kembali ke kampung.

Ketika itu, beliau telah mengikuti dakwah dan tergerak hati untuk sama-sama menyebarkan dakwah di tempat kelahirannya yang pada saat itu memang memerlukan bantuan dari segi ilmu agama.

Bagitahu nak keluar Raihan lepas pulang dari kampung

Dipendekkan cerita, selepas pulang dari bercuti, beliau bertemu dengan anggota kumpulan yang lain dan menyampaikan hasratnya. Walaupun tahu ketika itu keadaan sudah agak tegang disebabkan tindakannya yang cuti terlalu lama, dia menyatakan juga keputusannya untuk keluar dari Raihan.

Tiada sebarang bantahan daripada mereka dan Ustaz Nazrey akui dia berasa lega serta terus meletakkan segala rezeki di tangan Tuhan sehinggalah dia kembali ke Sabah.

Sedar tak sedar, hampir 17 tahun peristiwa tersebut berlaku dan kini beliau bersama beberapa rakan telah membangunkan maahad tahfiz di sana serta terus giat melakukan kerja-kerja dakwah.

Terima kasih kongsi kisah keluar Raihan

Perkongsian tersebut nyata telah mendapat perhatian ramai. Kebanyakan mereka berasa terharu dengan kekuatan beliau dalam menyebarkan dakwah di bumi kelahirannya.

Susulan daripada itu, komen-komen yang dikongsikan warganet banyak mendoakan agar urusan Ustaz Nazrey dipermudah dan diberi kesihatan yang baik walau dimana beliau berada.

@nazreyjohaniofficial Begitu syulit lupakan raihan, apa lagi raihan baikk ~ Terima kasihh di atas sokongannyaa ye 🤲 @amirsyamsul_ #rehan #raihan #syulit #begitusyulitlupakanrehan ♬ original sound – nazreyjohaniofficial

Sumber: TikTok @nazreyjohaniofficial 

 

 

 

 

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0