in

Nak jadi Ketua Kelas Punya Pasal, Keletah Kanak- Kanak Ni Dapat Lebih 500 Ribu Tontonan

Ketua Kelas

Waktu sekolah dahulu ada antara kita merupakan ketua kelas dan mungkin ada antara kita sewaktu zaman sekolah terpilih sebagai ketua kelas walaupun sebenarnya tak nak.

Ketua Kelas

Tidak dinafikan, sewaktu zaman sekolah, ketua kelas antara individu yang sibuk dan membantu cikgu dalam mengawal kelas sewaktu ketiadaan guru. Tidak dinafikan ada antara kita yang sememangnya mahu menjadi ketua kelas dan ada juga yang tidak mahu menjadi ketua kelas tetapi terpaksa memikul tanggungjawab kerana telah dipilih oleh majoriti rakan sekelas atau anda seorang yang famous. Bagi yang dapat menjadi ketua bilik darjah, ia sudah pastilah satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan kerana menjadi salah seorang yang di beri tanggungjawab yang penting.

Keletah Kanak-kanak Ni Mengadu Dengan Ayah Kerana Tak Dapat Jadi Ketua Kelas Buatkan Netizen Berdekah

Tetapi bagi mereka yang telah lama mengidam nak jadi ketua darjah tapi sewaktu pemilihan dia tidak terpilih, sudah pasti ia satu perkara yang sangat mengecewakan. Betul tak?? begitu juga dengan satu kisah yang hendak kami kongsikan dengan anda pada kali ini adalah dari Facebook Page Tiktok Gadis Viral 

Perkongsian kali ini sangat menglikan dan mencuit hati para netizen kerana keletahnya. Kanak-kanak tersebut merupakan pelajar sekolah rendah dan memasang impin untuk menjadi ketua dalam kelasnya tapii sewaktu pemilihan ketua kelas dia tidak terpilih. sebaliknya yang terpilih adalah kawan sekelasnya iaitu Aqil Hasif

Baca Juga: Teknik & Cara Goreng Ikan Yang Betul Supaya Rangup & Juicy

Apa yang membuatkan netizen menjadi lucu dan tak kering gusi dengan telatahnya ialah apabila dia minta bapanya untuk whatsapp guru kelasnya demi nak merialisasikan impianya. Apa yang lagi kelakarnya, apabila dia siap mengadu dengan ayahnya sambil menangis menampakkan lagi kecomelanya. Dalam masa yang sama ia juga menampakkan kanak-kanak tersebut seorang yang sangat cerdik.

Apa Kata Netizen??

Perkongsian mengenai adik ini telah mendapat bermacam jenis komen dari netizen. Ada yang kelakar dan ada juga yang meninggalkan komen teringat kenangan sewaktu sekolah dahulu. Video tersebut telah mendapat lebih dari 200 komen. Antara Komenya Ialah:

Ketua Kelas

Anak aku mati² nangis takmau jawatan ketua kelas😆 bila aku tnya kenapa xmau.. ok la tu. Cikgu dh harap. Dia kata takmau. Nt penat. Dia xmau kawal kawan².. nt xdpt main sekali..😆🤣.
Ketua Kelas

Sabar deq.. percaya pada rzeki.. ada bnyk masa lagi, 6 tahun lagi nk kena lalui utk zmn skolah rendah tu.. Inshaa Allah tngu darjah 2 nanti pulak ye.. usaha lagi

Ketua Kelas

Besar tanggungjawab dia dik oiii.. adik ni nama cikgu pon lupa .mcm mana nk jadi ketua kelas..sbb tu cikgu xnk latik🤣🤣tungu laa aqil tu mc..jd la ketua kelas ganti

Selain itu, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman sama ada sewakru sekolah dulu atau apa yang anak mereka alami.

Ketua Kelas

Dik, akak dulu sampai merayu kat cikgu tak nak apa² jawatan.. masa jadi pengawas dpt pulak undian paling tinggi. Dh la sanggup tak dtg hari tu tup² paling tinggi pulak. Jenuh dik hadap asyik buat keje je. Jeles dik akk dgn kawan akak yg lain boleh buat jahat

ketua kelas

Mcm ank sy pulak,drjah 1&2 dia jdi ketua kelas.msuk drjah 3 dpt jdi pengawas,pastu cikgu ckp la,dh jadi pengawas x boleh jd ketua kelas la dah.Sy tnye dia adik nk yg pilih yg mne.nk dua² dia kata

 

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0