in

Netizen Terkejut Harga Nasi Kandar Sepinggan RM36 Yang Disifatkan Tak Masuk Akal Langsung

Nasi kandar mahal

Mungkin semua rakyat Malaysia tahu yang Nasi Kandar adalah merupakan salah satu daripada tarikan utama pelancong untuk pergi ke Pulau Pinang selain Batu Feringghi yang mempunyai pasir pantai yang menarik dan banyak lagi.

Bandar Pulau Pinang
Nasi Kandar sangat terkenal di Pulau Pinang

Biasanya pelancong yang akan ke sana pasti tidak akan ketinggalan untuk mencuba makanan ini yang cukup popular di negeri ini dan turut mempunyai peminatnya yang tersendiri dan tak hairanlah jika harganya agak mahal. Namun, beberapa hari lalu tular di media sosial tentang harga Nasi Kandar ini sangat mahal dan keterlaluan sehingga menjadi kecaman netizen.

Pada Khamis lalu, heboh di Facebook apabila perkongsian seorang pengguna laman sosial itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan harga yang perlu dibayarnya untuk sepinggan nasi yang disifatkan sebagai terlalu mahal dan cekik darah. Oleh sebab itu, dia telah berkongsi gambar tersebut di Facebook sebagai tanda protes dan bukti nyata untuk tatapan netizen.

Nasi kandar
© Facebook

Walau bagaimanapun, melalui perkongsian tersebut, tiada kenyataan tentang jenis lauk yang diambilnya tetapi ramai netizen menyatakan bahawa lauk tersebut adalah daging kambing yang sememangnya menjadi pilihan ramai jika memakan Nasi Kandar.

Gambar resit bayaran yang dikongsikan itu menunjukkan harga keseluruhan untuk sepinggan Nasi Kandar sahaja dengan minuman air suam yang berjumlah RM38.90 selepas dicampurkan dengan caj GST. Harga tersebut sememangnya teramat mahal dan restoran itu juga adalah antara kedai makan yang sangat popular di sekitar Pulau Pinang.

BACA JUGA : Viral Gerai Nasi Kerabu Memperkenalkan Bayaran Menggunakan Bitcoin Jadi Perhatian

caj nasi kandar
© Facebook

Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada yang terkejut dengan harga untuk sepinggan Nasi Kandar seumpama itu yang dianggap terlalu mahal. Walau bagaimanapun, segelintir daripada mereka berpendapat harga sebegitu sebenarnya murah dan tidak perlu mempertikaikan tentang harga.

“Harga semacam itu langsung tak masuk akal dan terlalu mahal. Dengan harga sebanyak itu saya boleh makan Lamb Chop di restoran yang mahal,” – Netizen

“Nasi Kandar harganya memang mahal dan dengan daging kambing yang sebesar itu memang sesuai dengan harganya. Kalau nak makan yang lebih murah, awak boleh masak sendiri di rumah, bye!” – Netizen

Memang tak dinafikan harga untuk daging kambing adalah lebih mahal daripada daging ayam. Tetapi jika harga bagi sepinggan Nasi Kandar mencecah RM36.50 untuk seorang makan, memang langsung tak berbaloi. Apa pun masing-masing harus mengikut kemampuan dan jika ingin makan juga, apa kata tanya dulu harganya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0