in

Nasihat Memasuki 50 Tahun, Baca Ini 10 Perkongsian Dari Profesor Dr. Halina Siraj

Nasihat Memasuki 50 Tahun, Baca Ini 10 Perkongsian Dari Profesor Dr. Halina Siraj

Nasihat Memasuki 50 Tahun, Baca Ini 10 Perkongsian Dari Profesor Dr. Halina Siraj
Setiap fasa umur dalam kehidupan memberikan kita realiti yang berbeza-beza. Pertambahan umur bermaksud perlu ada perubahan dalam diri seseorang. Mencecah ke usia 50 tahun, adalah fasa memasuki peralihan ke usia tua atau warga emas. Jom kita baca 10 nasihat memasuki 50 tahun dari kaca mata perkongsiaan Profesor Dr. Halina Siraj.

Nasihat memasuki 50 tahun, sihat dan waktu lapang, nikmat yang selalu buat manusia tertipu
Usia dan masa adalah pinjaman di dunia yang diberikan Allah SWT kepada setiap manusia. Dua kunci ini diberikan untuk dijaga, dan tidak disalah guna. Nabi SAW ada bersabda dalam satu hadis,

Maksudnya: “Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu di dalamnya iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Di samping itu juga turut diingatkan bahawa manusia yang terbaik adalah yang diberikan umur yang panjang dan banyak berbuat kebaikan. Ini bertepatan apabila Nabi Muhammad SAW menegaskan di dalam hadis yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.” – (Hadis Riwayat Tirmizi)

Yang semakin bertambah umurnya, maka semakin dekat jugalah dirinya kepada Allah SWT, makin bertambah amal baik yang dibuatnya.

Profesor Dr. Halina Siraj berkongsi nasihat memasuki 50 tahun
Profesor Dr. Halina Siraj, Pakar Runding Obstetriks dan Ginekologi (O&G) berkata ada 10 nasihat memasuki 50 tahun buat mereka yang akan melangkah ke fasa itu tidak lama lagi ataupun yang sedang menjalaninya sekarang. Antara nasihat tersebut adalah:

1. Telah habis masa untuk mengumpul harta

Waktu muda untuk kita bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dan pencapaian dalam hidup. Kerja pergi pagi pulang petang, hujung minggu pun kadang kala masih sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk persediaan hari Isnin. Itu cuma rutin penuh ketika muda.Usia 50 tahun ini sepatutnya kita sudah fokus untuk mencari kebahagiaan sendiri dan masa mengumpul harta memang sudah habis. Biarlah orang muda yang lebih bertenaga maju ke depan pula, sedangkan kita lakukan sahaja apa yang kita minat untuk mengisi sisa masa yang ada.

2. Tidak perlu mewariskan apa-apa kepada anak
Dalam konteks ini lebih kepada harta simpanan sendiri bukannya kekayaan warisan yang ditinggalkan. Keluarga yang mempunyai harta pusaka dan kemewahan turun-temurun sebaik-baiknya perlu berbincang dengan sebaik mungkin sebelum diwariskan kepada sesiapa.

Untuk yang memiliki harta simpanan sendiri, rancang untuk membelanjakan duit simpanan tersebut dengan sesuatu yang bermanfaat seperti melancong dan sebagainya. Beri peluang anak-anak cari dan usaha sendiri sehingga mendapatkan apa yang diinginkan.

Hal ini kerana dikhuatiri sekiranya kita meninggalkan sesuatu untuk anak-anak akan membawa juga sekali masalah perebutan harta dan sebagainya.

3. Tidak tertangguh membuat kerja
Menghargai setiap saat dalam masa dan setiap hari dalam tahun menjadikan perjalanan hidup lebih berkualiti. Mereka yang menghargai masa tidak akan pula mahu mensia-siakannya dan menangguh kerja yang perlu dilakukan.

Gunakan konsep, “Masa yang lepas tidak mungkin akan kembali, dan yang akan datang belum tentu milik kita.”

4. Didik anak dan cucu dengan ilmu agama

Sebaik-baik harta yang ditinggalkan adalah bekalan ilmu agama yang mencukupi. Sentiasa menasihati dan membawa mereka ke jalan yang lurus.

5. Bersabar apabila ditimpakan penyakit
Semakin berusia, maka makin lemah juga fizikal lalu penyakit pun banyak yang tiba-tiba menyerang. Ini memang lumrah dalam hidup. Yang sihat akan bertemu dengan sakit. Dan yang hidup akan bertemu dengan mati. Oleh kerana itu, bersyukurlah kita jika masih diberikan kesihatan yang baik, dan bersabarlah sentiasa apabila ditimpakan penyakit.

6. Sedar dengan hakikat bahawa tidak semua keinginan dapat dimiliki di dunia
Fitrah manusia inginkan kehidupan yang serba lengkap dan senang. Jika ditanya siapa pun pasti mereka juga mahu merasa bagaimana hidupnya menjadi seorang yang kaya raya. Namun hakikat sebenar kemewahan dunia itu tiada habisnya.

Kita tidak akan berjumpa dengan penamat atau penghujung apabila sebut pasal mewah di dunia. Ini bermakna, kumpullah seberapa banyak dan lama pun untuk memiliki harta pasti kita tidak akan puas, dan berhenti.

Sentiasa ingat, rezeki yang Allah SWT turunkan itu ada dari pelbagai bentuk. Dan tidak semua yang kita inginkan boleh dimiliki.

7. Sentiasa bersama-sama dengan mereka yang ikhlas menyayangi
Di usia senja ini, kita seharusnya berbahagian dengan pasangan, anak, cucu, dan sahabat-sahabat di sekeliling yang turut menyayangi kita.

8. Sentiasa berlapang dada

Tolak tepi rasa ego dalam diri seperti mana ketika kita muda dulu. Saling maaf dan memaafkan orang lain. Barulah kita boleh tenang dan sentiasa berlapang dada.

9. Segerakan membina akhirat
Banyak orang takut dengan kematian. Sedangkan kematian itu adalah hakikat bagi setiap yang diberikan kehidupan pasti akan bertemu dengan pengakhiran. Seperti mana firman Allah SWT,

Maksudnya: “Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” – (Surah Ali-Imran, ayat 185)

Tetapi tidak ramai yang takut kerana tidak siapkan bekal untuk bertemu kematian. Sedangkan kesediaan kita untuk melengkapkan diri dengan amal baik itulah yang perlu diutamakan.

10. Bayangkan kegembiraan hidup di syurga yang kekal abadi
Seindah dunia yang sementara, indah lagi syurga yang kekal abadi. Syurga adalah destinasi penamat yang menjadi matlamat hidup kita buat selama-lamanya. Buatlah amal baik sebanyak mungkin walau sekecil kuman kerana kita tidak tahu dengan kebaikan mana satu kita akan diterima masuk menjadi penghuni tetap syurga Allah SWT.

Artikel ini khusus untuk saling ingat-mengingatkan kepada kita semua khususnya kepada mereka yang bakal berjumpa dengan fasa umur ini. Buat yang ada ibu bapa umur 50 tahun, kongsikan dan bantu mereka jika masih ada.

Sumber: Petikan Profesor Dr. Halina Siraj, majalahilmu.com

BACA : Suami Isteri Hidup Berdua Di Bilik Sewa RM100 Hanya Mampu Makan Nasi 50 Sen, Kisah Suami Kehilangan Isteri Cinta Yang Kekal Sehingga Akhir Hayat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0