in

Netizen Kecam 5 Polis ‘Dilepaskan’ Setelah Kantoi Dalam Rompakan Kedai Emas, Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi..

rompakan kedai emas

Biasanya, kita sememangnya jarang mendengar berita atau cerita tentang keburukan yang melibatkan pasukan beruniform seperti anggota polis. Tugas pasukan polis seperti yang kita sedia maklum adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara selain membantu mencegah kes-kes jenayah dan sebagainya. Namun, satu berita ini yang kini tular di media sosial yang mengaitkan pihak polis dengan kes rompakan agak berbeza dari biasa.

Memetik laporan WOB, 5 orang anggota polis dilaporkan telah ditahan pada 12 Disember yang lalu kerana dikatakan telah melakukan satu rompakan di salah sebuah kedai emas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 9 Disember lepas.

kedai emas
© WOB

Difahamkan, pada hari tersebut pada jam lebih kurang 10 malam, kelima-lima anggota polis terbabit pergi ke kedai emas berkenaan untuk melakukan operasi mereka di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, setelah selesai melakukan operasi mereka dilaporkan tidak terus pulang tetapi mereka terus berada di situ dan turut melakukan rompakan di kedai emas terbabit. Malahan, mereka juga dilaporkan telah berjaya mengambil sejumlah wang bernilai RM35,000 yang dipercayai dimiliki oleh kedai emas tersebut.

BACA : 10 Tips Modifikasi Motosikal Terbaik Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan Oleh JPJ & Polis Trafik

Selepas kejadian tersebut berlaku, pemilik kedai emas terbabit dikatakan telah membuat laporan polis dan pihak polis dilaporkan telah berjaya membuat tangkapan terhadap salah seorang suspek melalui tempat kediamannya di Taman Desa Baiduri.

polis
© WOB

Suspek yang berusia 51 tahun itu dipercayai adalah dalang dalam rompakan berkenaan. Walau bagaimanapun, suspek tersebut turut mengakui perbuatannya itu adalah salah dan memberitahu masih lagi ada 4 anggota polis yang turut terlibat dalam kes rompakan berkenaan.

Keempat-empat mereka itu berusia antara 28 hingga 34 tahun. Suspek juga turut mengaku bahawa dia juga telah mencuba untuk memberi rasuah kepada orang 4 pihak polis terbabit dengan memberikan setiap orang RM700, namun mereka dikatakan tidak menerima wang suapan berkenaan.

Selepas siasatan dilakukan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah, telah membuat pengesahan bahawa kelima-lima suspek telah pun dibebaskan dengan jaminan serta laporan berkaitan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas rompakan secara berkumpulan.

komen
Antara komen netizen. © WOB

BACA : Pak Lebai Ditahan Polis Selepas Didakwa Cabul Wanita Berusia 38 Tahun Di Terengganu

“Undang-undang Malaysia! Patutlah orang luar pun tak percaya dengan undang-undang kita!”

“Polis memang tak boleh dipercayai”

“Sebab itu lah saya tak percaya kat polis. Disebabkan seorang, semua akan nampak jahat di mata kita”

“Harapkan pagar, pagar makan padi. Bagaimana dengan keselamatan masyarakat. Orang-orang yang dipertanggungjawabkan sendiri melakukan jenayah itu. Itu belum rahsuah lagi. Apa nak jadi dengan Malaysia?”

Kes tersebut akhirnya jadi viral di laman sosial sehingga menerima ribuan kecaman dan komen negatif dari orang ramai di Malaysia. Mereka dilihat turut menyatakan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap tingkah laku pihak polis terbabit yang sepatutnya perkara tersebut seharusnya tidak berlaku.

Semoga kes ini dapat disiasat dengan telus dan pihak PDRM akan mengenakan hukuman yang setimpal terhadap semua pesalah.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments