in

Niat Puasa Ganti Ramadhan dan Puasa Sunat 6 Syawal

lafat niat ganti puasa ramadhan

Bulan Ramadhan yang dinantikan akan kembali lagi dan pasti ramai yang pernah meninggalkan puasa fardhu tanpa sengaja lalu ingin menggantikan puasa tersebut. Jika anda pernah, sila ganti puasa tersebut dengan segera dan jangan lupa lafaz niat puasa ganti Ramadhan. Jika tidak sempat berpuasa ganti (qadha) sebelum bermulanya puasa ramadhan bagi tahun ini, anda perlu membayar fidyah seperti yang telah ditetapkan.

Qadha puasa boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja terkecuali pada hari yang diharamkan berpuasa seperti pada Hari Raya Aidil Fitri dan cara untuk melakukannya adalah mengikut hukum, rukun serta syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Lafaz Niat Puasa Ganti Ramadhan dan Puasa Enam

Sebagai panduan, dikongsikan kepada anda bagaimana cara untuk mengganti puasa disertai dengan lafaz niat qadha ganti puasa dalam bahasa Arab diikuti dengan tulisan Rumi termasuk dengan terjemahan atau maksud supaya mudah untuk difahami dalam Bahasa Melayu.

Untuk menunaikan puasa ganti bagi puasa Ramadhan adalah lebih baik diganti sebelum menjelangnya bulan Ramadhan yang mulia ini. Elakkanlah daripada tertangguh dan berpuasalah untuk menjelaskan hutang puasa berkenaan.

Untuk melafazkan atau menyebut niat adalah tidak diwajibkan kerana niat itu berkaitan dengan persoalan hati bukannya daripada lidah. Namun, sebagai panduan bersama, dikongsikan juga cara lafaz niat qada puasa dan niat buka puasa ganti.

Niat Puasa Ganti Rumi dan Arab

Lafaz niat puasa ganti Ramadhan
Niat puasa ganti Ramadhan dan sunat berpuasa pada Isnin dan Khamis.

“Nawaitu souma ghadin ‘an qadhaa in fardha ramadhaana lillahi ta’aalaa”

Maksud niat tersebut:

“Sahaja aku puasa esok hari ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”

Doa Berbuka Puasa

Doa buka puasa ganti
Doa buka puasa.

Baca: Adakah Batal Puasa Kita Jika Mandi Wajib Selepas Subuh.

Lafaz Niat Puasa Sunat Enam Syawal

Ibadah puasa enam di bulan Syawal seperti sabda Rasulullah SAW bahawasanya sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dan kemudiannya puasa enam hari pada bulan Syawal, maka puasanya itu seperti dia berpuasa sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, seseorang itu yang ingin berpuasa sunat di bulan Syawal dikatakan sangat afdhal sekiranya beliau berpuasa berturutan seperti mana puasa pada bulan Ramadhan, tetapi boleh juga berpuasa secara berselang hari sepanjang bulan Syawal. Puasa sunat enam Syawal dimulakan pada Hari Raya Aidil Fitri yang kedua iaitu 2 Syawal dan kita dilarang berpuasa pada 1 Syawal.

Niat Puasa Sunat 6 Syawal

Niat puasa sunat 6 syawal
Niat puasa enam yang sering dilakukan bermula pada Hari Raya kedua.

“Nawaitu shauma ghadin an qadhaa’i Ramadhaana ma’a Syawwaali lillaahi taala”

Maksud niat tersebut:

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”

Puasa Sunat dan Puasa Ganti Secara Serentak

Ganti puasa dan juga puasa sunat boleh dibuat dengan serentak iaitu digabungkan dengan disertakan dengan niat. Walau bagaimanapun, ianya lebih afdhal jika anda melakukannya secara berasingan dan pahala juga boleh didapati dengan lebih banyak.

Berikutnya adalah lafaz niat puasa ganti bulan Ramadhan dan puasa 6 syawal dibuat secara serentak:

“Nawaitu shauma ghadin an qadhaa’i Ramadhaana ma’a Syawwaali lillaahi taala”

“Sahaja aku berpuasa esok hari qadha fardhu Ramadhan berserta sunat Syawal kerana Allah Taala”

Info Tambahan:

Kita juga boleh menggantikan puasa untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia, malahan kita dibolehkan untuk berpuasa ganti terhadap si mati walaupun arwah bukan dari kalangan ahli keluarga kita tetapi dengan syarat salah seorang ahli keluarga si mati memberi keizinan kepada kita untuk melakukan ibadah ini untuk arwah seperti yang dinyatakan di laman Mufti Wilayah Persekutuan. Betapa indahnya Islam.

Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0