in

Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini (No Plat Online 2018)

Nombor plat terkini 2018

Bagaimana untuk membuat semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini secara online? Tentunya ramai pemilik kenderaan baru yang ingin dapatkan no plat yang cantik dan yang sesuai dengan kereta atau motosikal mereka. Biasanya, nombor plate yang menjadi pilihan ada berkait dengan tarikh penting seperti perkahwinan, kisah cinta, tarikh lahir dan sebagainya. Tetapi, cara semak no plat kenderaan, bagaimana?

Berikutnya perkongsian cara membuat semakan no plat terkini secara online melalui portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan senarai nombor pendaftaran kenderaan terkini dari setiap negeri dan juga kawasan yang terdapat di Malaysia untuk tatapan mereka yang berminat untuk menempah dan mendapatkan serta check nombor pendaftaran kenderaan terbaru.

Untuk makluman, anda juga boleh membuat bidaan terhadap setiap nombor plate kereta yang anda mahukan. Cara semak dan panduan untuk semakan no plat kenderaan kereta motor yang terkini juga boleh disemak menerusi Aplikasi transaksi secara online JPJ. No plate untuk Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya dilihat sebagai antara nombor plat yang paling cepat berubah nombor oleh kerana permintaan pembelian kenderaan di kawasan ini sangat tinggi.

Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini 2018

Nombor pendaftaran kenderaan terkini tahun 2018
Nombor plat tertentu mempunyai nilai harga yang sangat mahal sehingga jadi rebutan mereka yang kaya. – Facebook

Bagi anda yang sedang mencari nombor plat yang cantik dan berminat untuk membeli nombor pendaftaran berkenaan, anda harus tahu cara untuk check dan membuat semakan nombor plate terkini. Anda boleh mendapatkan semua nombor plat pilihan anda sendiri tidak mengira sama ada nombor plat yang mengikut tarikh lahir atau apa saja nombor yang berkaitan kerana anda boleh beli nanti dan semak di laman web JPJ dengan paparan nombor kenderaan yang terbaru dan dikemaskini (JPJ Running Number).

Cara buat semakan dan check nombor pendaftaran kenderaan terkini bagi setiap negeri, daerah atau kawasan mengikut no plate terkini yang anda ingin beli, anda boleh melayari portal Jabatan Pengangkutan Jalan di bawah dan sila klik untuk ke portal JPJ.

No Plat Terkini JPJ Number Plate

Semakan Nombor Plat Terkini 2018

Sebagai panduan dan rujukan anda, senarai nombor pendaftaran kenderaan terkini ini dikongsikan bagi setiap kawasan dan negeri di Malaysia yang dikemaskinikan pada tarikh 14 April 2018 adalah seperti di bawah;

1. Lembah Kelang

  • KUALA LUMPUR – VBL6535
  • SELANGOR – BPM965
  • PUTRAJAYA – FA3838

2. Selatan

  • MELAKA – MDA8916
  • NEGERI SEMBILAN – NDJ2790
  • JOHOR – JSS3707

3. Utara

  • KEDAH – KEM4681
  • LANGKAWI – KV865E
  • PULAU PINANG – PNK2644
  • PERAK – AKY5497
  • PERLIS – RV4252

4. Pantai Timur

  • KELANTAN – DDG924
  • PAHANG – CDY7496
  • TERENGGANU – TBW9875

5. Sabah

  • KOTA KINABALU – SAC7513F
  • SANDAKAN – SSA5570A
  • KUDAT – SK246B
  • TAWAU – STA3361A
  • BEAUFORT – SB1064D
  • KENINGAU – SU132E
  • LAHAD DATU – SD2749N
  • LABUAN – LG796

6. Sarawak

  • KUCHING – QAA7215U
  • SIBU – QS9764H
  • MIRI – QM4183D
  • SRI AMAN – QBD2647
  • SARIKEI – QRL2235
  • LIMBANG – QLB7540
  • KOTA SAMARAHAN – QCH716
  • MUKAH – QS9764H
  • BETONG – QBD2647
  • LAWAS – QLB7540

Pemilik kenderaan yang berjaya membeli dan mendapatkan nombor pendaftaran diingatkan supaya mengetahui jenis-jenis huruf nombor plat yang boleh dipaparkan telah mengikut kelulusan pihak JPJ. Sekiranya gagal memenuhi syarat yang ditetapkan dengan menggunakan nombor atau huruf yang melanggar peraturan, pemilik kereta, motosikal atau kenderaan tersebut akan dikenakan saman JPJ di atas sebab kesalahan melanggar undang-undang.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0