in

Jika Orang Islam Beli di Starbuck Akan Masuk Neraka Kata Penceramah Ini

orang Islam masuk neraka beli starbucks

Siapa yang tidak kenal dengan Starbucks? Memang satu dunia sudah mengenali Starbucks yang amat terkenal dengan minuman dan berbagai lagi. Produk ini juga mempunyai peminatnya yang tersendiri dan tidak ketinggalan hampir semua orang Asia. Tetapi, ada yang mengatakan minuman ini tidak halal kerana mempunyai campuran lemak khinzir malahan Starbucks juga dikatakan menyokong Zionis dan berbagai lagi tohmahan diberikan.

Walau bagaimanapun, satu cerita terbaru yang membabitkan Starbucks sangat mengejutkan ramai dan rakaman video yang telah dimuat naik semenjak tahun lepas kini jadi tular selepas seorang individu dipercayai telah memuat naik video ini ke laman sosial sehingga menarik perhatian netizen.

Orang Islam beli di starbuck masuk neraka
Minuman Starbucks sangat disukai ramai orang di seluruh dunia.

Orang Islam Yang Beli Starbucks Akan Masuk Neraka

Laporan dari Asiaone, seorang penceramah yang amat terkenal di Indonesia kini menjadi tumpuan ramai di media sosial selepas beliau membuat satu kenyataan dengan mengatakan orang Islam akan masuk ke neraka sekiranya membeli produk Starbucks.

Melalui rakaman video yang berdurasi 52 minit itu yang turut mendapat perhatian ramai di laman YouTube, penceramah yang dikenali sebagai Abdul Somad menjelaskan bahawasanya orang Muslim akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya membeli di Starbucks disebabkan premis berkenaan turut menyokong gerakan LGBT.

Akan Masuk Neraka Jika Beli di Premis Yang Menyokong LGBT

Starbuck tidak halal?
Penceramah yang mengatakan orang Islam akan masuk neraka jika membeli di Starbucks. – YouTube

Abdul Somad telah memberikan kenyataan berkenaan ketika ingin menjawab pertanyaan salah seorang penonton yang bertanyakan kepadanya tentang adakah orang Islam dibenarkan membeli dari kedai yang menyokong pergerakan serta hak-hak LGBT.

Penceramah terbabit turut memberikan contoh kafe Starbucks sebagai premis yang dikatakan secara terbuka telah menyokong pergerakan LGBT. Somad juga turut menegaskan bahawa orang Islam akan dihumban ke dalam neraka kerana telah membuat pembelian di premis seperti itu yang menyokong pergerakan LGBT.

“Kaum LGBT kenapa komunitimu begitu besar? kemudian mereka menjawab kerana adanya penyumbang, itu yang di syurga itu penyumbangnya. Terus tarik balik yang di syurga tadi dimasukkan semula ke dalam neraka (kerana memberikan sumbangan kepada Starbucks),” jelas penceramah terbabit.

Semua Akan Ke Neraka Kerana Menggunakan Facebook, Twitter dan YouTube

Berikutan ceramah yang disampaikan oleh Somad, seorang lelaki menerusi laman Twitter turut mengatakan bahawa penerangan Somad itu agak bercanggah memandangkan Facebook, YouTube dan Twitter juga antara yang turut menyokong LGBT.

Starbucks
Lelaki ini tidak berpuas hati dengan kenyataan penceramah terbabit. – Twitter

Melalui penjelasan Somad itu tadi, lelaki terbabit turut persoalkan adakah semua pengguna aplikasi-aplikasi ini akan ke neraka juga kerana menggunakannya. Walau bagaimanapun, ada juga antara netizen yang langsung tidak bersetuju dengan kenyataan Somad malahan tetap ada yang menyokong dan mengakui bahawa kenyataan Somad itu betul.

Apa sekalipun, kita tidak boleh membuat keputusan sendiri dan apa yang penting kita mempunyai kerajaan serta tempat yang boleh dirujuk untuk dijadikan sebagai rujukan. Apa agaknya pendapat korang semua tentang ini?

Isu halal haram Starbucks juga pernah menjadi tanda tanya di Malaysia tidak lama dulu. Tetapi ianya telah dimaklumkan oleh JAKIM bahawa Starbucks adalah halal untuk orang Islam di Malaysia.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments