in ,

(VIDEO) Padah Mahu Duit Mudah Akhirnya Dilanggar Kereta Kerana Lagak Ngeri Tak Menjadi

wanita tipu dilanggar kereta

Gara-gara ingin mendapatkan duit dengan cara yang mudah seorang wanita didapati berlakon kononnya dia dilanggar kereta akhirnya menerima padah selepas sebuah kereta melanggar dirinya sehingga mengalami kecederaan yang serius.

Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu di sebuah bandar yang bernama Lincang, di daerah Linxiang, Yunnan selatan barat China itu sempat dirakamkan oleh kamera CCTV trafik yang memaparkan wanita tersebut bersembunyi di tepi jalan sebelum mensasarkan sebuah kereta yang berwarna putih.

Sebaik sahaja kereta tersebut datang mendekati di mana tempat suspek berada, wanita tersebut secara tiba-tiba berpura-pura dilanggar kereta tersebut dengan menjatuhkan dirinya di hadapan kereta itu.

Walau bagaimanapun, tindakan yang kurang bijak itu telah memakan dirinya sendiri selepas kepalanya telah dilanggar kereta jenis sedan itu yang dipercayai gagal untuk mengelak selepas wanita terbabit berada di hadapannya.

Kegiatan scammer seperti yang dilakukan oleh wanita ini sering berlaku di negara China dan telah dianggap sebagai sesuatu yang biasa dengan sanggup menipu orang ramai demi kerana untuk mendapatkan wang pampasan akibat kemalangan dengan mudah.

Golongan penipu iaitu scammer kemalangan seperti ini dikatakan akan muncul secara tiba-tiba dari bahagian tepi jalan sebelum berpura-pura terjatuh di atas jalan dengan niat pemandu berkenaan akan terus menekan brek untuk mengelak dari melanggar suspek.

Kemudiannya suspek yang langsung tidak mengalami sebarang kecederaan akan mendakwa dirinya telah cedera dan turut akan meminta wang pampasan untu menganggung kos perubatan dan juga kecederaan yang dialaminya.

Kejadian yang membabitkan wanita ini menipu kerana dilanggar kereta mungkin akan menginsafkannya selepas beliau telah mengalami kecederaan di bahagian kepala yang agak serius dalam cubaan menipu dilanggar kererta.

Difahamkan, sehingga kini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan tentang kejadian tersebut dan sekiranya suspek didapati bersalah kerana penipuannya itu maka tiada sebarang wang pampasan yang akan diberikan kepadanya nanti.

Sumber: Daily Mail

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments