in

Wanita Terima Padah Memandu Ketika Banjir Terpaksa Bayar RM58K

banjir teruk

Para pengguna jalan raya sering diingatkan agar tidak memandu kenderaan ketika dalam keadaan hujan lebat dan banjir teruk kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap kenderaan milik mereka. Walau bagaimanapun, itulah yang telah berlaku terhadap seorang wanita dari Singapura selepas keretanya didapati rosak kerana memandu ketika banjir berlaku.

banjir
Gambar hiasan

Admiralty Road West telah dilanda hujan yang lebat sewaktu wanita tersebut yang dikenali sebagai Lee dikatakan sedang memandu kereta barunya iaitu Mini Cooper pada 9 November lalu.

Selepas menyedari keadaan cuaca yang agak buruk pada ketika itu, Lee yang berusia 46 tahun dan seorang ahli perniagaan itu telah membuat keputusan untuk terus memandu kereta barunya itu mengharungi banjir. ketika beliau meneruskan pemanduan tersebut, enjin keretanya didapati mati secara tiba-tiba dan air semakin naik mendadak sehingga ke paras lututnya.

redah banjir
© Oriental Daily

Dalam keadaan kelam kabut, Lee dengan segera menghubungi bengkel berdekatan untuk mendapatkan bantuan memandangkan dia tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Walau bagaimanapun, aduan berkaitan dengan banjir kilat tersebut dikatakan telah dilaporkan kepada pihak kerajaan tetapi maklum balas yang diterima menyatakan banjir kilat tersebut berlaku adalah disebabkan hujan lebat tanpa henti, lapor World of Buzz.

Lee seolah mengalami mimpi buruk selepas dia menghantar keretanya itu untuk diperiksa selepas mengalami kejadian itu. Mekanik daripada bengkel tersebut menyatakan bahawa keretanya telah rosak teruk dan semua komponen elektronik dalam keretanya itu harus diperbaiki dengan segera.

Lee begitu terkejut selepas mendapat tahu tentang anggaran kos membaiki keretanya itu sebanyak $190,000 bersamaan lebih kurang RM581,000. Jumlah itu sangat besar dan lebih mahal berbanding ketika Lee ingin membeli kereta Mini Cooper tersebut pada tiga minggu lalu dengan harga RM458,000.

mini cooper
© Oriental Daily

Selepas melihat akan keadaan keretanya itu, Lee hanya mempunyai dua pilihan sahaja untuk dibuat seperti yang berikutnya;

1. Baiki keretanya dengan harga RM581,000
2. Jual keretanya itu dan dapatkan RM305,000

Namun begitu, pilihan kedua adalah yang terbaik memandangkan Lee terpaksa mengalami kerugian besar sebanyak RM152,000 kerana tidak mungkin untuk Lee sanggup membayar duit lebih banyak dari harga ketika membeli untuk membaiki kereta tersebut. Sehingga kini, Lee dikatakan masih lagi menunggu maklum balas daripada syarikat insurans berkaitan dengan wang pampasan miliknya itu.

banjir
Gambar hiasan

Anda dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan bijak membuat keputusan dalam hal sebegini. Tidak kisah sama ada kereta baru atau tidak, meredah banjir dengan kereta adalah perbuatan yang salah memandangkan kita tidak tahu tentang paras air banjir tersebut yang akhirnya merugikan diri sendiri. Jangan sesekali meredah banjir sekiranya anda tidak pasti akan kedalaman air banjir tersebut. Apa pun, malang tidak berbau, jadi, berhati-hatilah.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0