in

‘Artis Celik Minda Seperti Inilah Yang Diperlukan Oleh Rakyat’ – Netizen Memuji Pak Nil Tanya Soalan Pada PM

perdana menteri

Mungkin ada rakyat Malaysia yang sukakan cukai GST. Tapi, peliklah kalau masih ada yang menyukai cukai GST yang sangat membebankan itu. Jika ditanya pada semua orang, pasti ada yang menjawab dan meminta agar segera dimansuhkan GST.

Mungkin ada yang mengatakan rakyat marhaen macam kita sahaja yang begitu terbeban dengan GST? Sebenarnya, tidak! Cuba lihat sahaja di dada akhbar, pasti ada ramai wajah-wajah selebriti atau artis tanah air yang terpampang kerana mempunyai masalah untuk menyelesaikan perkara yang membabitkan GST.

Terkini, artis terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mudah dipanggil dengan gelaran Pak Nil yang telah memuat naik satu posting yang telah mendapat perhatian ramai netizen menerusi laman Instagram miliknya.

pak nil
Posting yang dimuat naik oleh Pak Nil di Instagram
pak nil
Pak Nil dalam program Bicara 4 Mata.

Pak Nil dilihat turut berkongsi berbagai soalan-soalan yang telah diajukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak.

“Tak payahlah ada GST ni Datuk Seri,” tulisnya.

Apa reaksi Najib yang anda fikirkan apabila diajukan soalan sedemikian?

Kalau nak tahu, kenalah tonton rancangan barunya ‘Bicara Empat Mata’ akan datang di mana Pak Nil akan bersua muka dengan PM kita.

pak nil
Rakaman dalam program Bicara 4 Mata.

“Banyak lagi Pak Nil timbulkan bila berdepan 4 mata dengan PM. Korang kena tonton program Bicara 4 Mata akan datang,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, di ruang laman Twitter, Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada Pak Nil kerana menjadi orang tengah menyuarakan rungutan rakyat yang selama ini sering ditanya oleh ramai rakyat Malaysia yang inginkan jawapan dengan segera.

pak nil
Ucapan terima kasih dari Tun Mahathir untuk Aznil Nawawi

Selepas posting tersebut dimuatt naik oleh Pak Nil, berbagai reaksi dan pendapat yang diberikan netizen. Malahan, ada yang amat menyukainya dan ada juga yang dilihat seperti tidak bersetuju dengan ‘suara’ yang diajukan oleh Aznil Nawawi itu.

komen netizen
Antara komen-komen yang diajukan netizen melalui Facebook.

Sila tunggu dan lihat apakah jawapan yang akan diberikan oleh Perdana Menteri kita nanti.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0