in

Pakai Baju Dragon Ball Ketika Berniaga, Kuih Pok Lam Laris dan Viral

Pok Lam Bukit Bayas
Pok Lam jual kuih menganang di Bukit Bayas

Zaman sekarang bermacam strategi yang dilakukan oleh ramai peniaga sebagai tujuan untuk menarik perhatian pelanggan supaya terus membeli barangan atau perkhidmatan mereka. Malahan, peniaga juga dilihat seperti tidak lagi malu untuk mengambil sebarang risiko bagi melariskan perniagaan mereka.

Beberapa hari lalu, seorang peniaga kuih tradisional Melayu dari negeri Terengganu telah jadi tular di laman sosial apabila kostum Dragon Ball Z yang dipakainya ketika menjalankan perniagaannya jadi perhatian ramai orang.

Pok Lam pakai baju dragon ball
© Facebook

Peniaga terbabit yang dikenali sebagai Roslan Mustaffa, atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Lam, 50, merupakan seorang peniaga kuih menganang dan kuih bakar di Jalan Bukit Bayas. Beliau kini menjadi sebutan ramai selepas beberapa gambar dan juga video yang menunjukkan diri sedang berniaga dengan mengenakan kostum tersebut telah tersebar.

Melalui laporan Sinar Harian, Pok Lam langsung tidak menyangka dengan ideanya itu untuk memakai kostum itu telah jadi viral dan turut mendapat sambutan dari ramai orang termasuk pengguna laman sosial Facebook. Beliau turut memberitahu, ekoran penularan tersebut dia begitu banyak menerima panggilan yang bertanyakan tentang hal berkenaan.

“Sebenarnya cadangan nak pakai kostum ini adalah sekadar suka-suka sebab kami sekeluarga memang minat animasi ini.”

Pok Lam turut memaklumkan bahawa dia telah membeli kostum berkenaan sewaktu pergi ke Kuala Lumpur pada baru-baru ini. Lebih menarik lagi dia turut membelikan baju Naruto dan Sasuke daripada rancangan anime Naruto untuk anaknya yang turut memakaikan pakaian tersebut ketika menolongnya berniaga kuih.

© Facebook
© Facebook
© Facebook

“Dua lagi anak saya turut memakai pakaian dua watak kartun daripada cerita Naruto dan mereka akan bantu saya berniaga pada hari cuti sekolah.”

BACA JUGA : Kisah Benar!! Rahsia 7 Amalan Suami Isteri Ini Kaya Raya Rezeki Datang Tidak Putus-putus

Pok Lam turut menyatakan bahawa dia merasa puas dengan tindakannya itu untuk memakai kostum berkenaan sewaktu menjalankan perniagaannya kerana turut berjaya menghiburkan hati para pelanggannya.

Kuih tradisional Terengganu
Kuih menganang yang dijual Pok Lam. © Facebook

“Saya rasa dengan sambutan hangat yang ditunjukkan ini, ia sangat berbaloi walaupun saya terpaksa berbelanja lebih bagi membeli tiga kostum yang ada pada masa ini.”

Pok Lam juga memaklumkan yang dia dan anak-anaknya turut membuang perancangan untuk memakai kostum tersebut pada bulan Ramadhan nanti dengan niat untuk memberikan kelainan sewaktu berniaga perniagaan kuihnya itu.

Malahan, dek kerana kejayaan strateginya itu dengan memakai kostum ini mampu menarik perhatian ramai, dia juga bercadang untuk menyediakan dan memakai pakaian siri animasi Jepun yang berbagai watak untuk 10 orang bakal pekerjanya nanti pada sepanjang bulan Ramadhan.

Inilah yang dinamakan rezeki. Syabas Pok Lam di atas kejayaan memperkenalkan perniagaan dengan cara yang tersendiri, akhir berjaya dan menjadi.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments