in

Papa jahat Dibunvh 3 anak perempuan yang tak tahan didera secara seksual & dipaksa gali kubur sendiri

Papa jahat Dibunvh 3 anak perempuan yang tak tahan didera secara seksual & dipaksa gali kubur sendiri

Seorang bapa yang dibunuh oleh tiga anak perempuan berusia remaja, didakwa telah mendera mereka secara seksual untuk membuat pornografi dan dipaksa menggali kubur mereka sendiri.

Mikhail Khactaturyan, 57, ditikam sehingga mati di Moscow dengan pisau memburu miliknya sendiri pada 2018 oleh tiga remaja terbabit yang kini berdepan dengan pertuduhan membunuih.

BACA : Customer Salah Pin Location, Food Rider Naik Angin Hayun Tendangan Dekat Pintu

Ketiga-tiga beradik itu kini berdepan dengan hukuman penjara dan mahkamah Rusia akan membuat keputusan sama ada, Krestina, Angelina dan Maria Khachaturyan akan dibebaskan dalam kes yang telah lama berjalan itu.

Ketika kejadian itu berlaku, ketiga-tiga mereka berusia 17, 18 dan 19 tahun, mengaku telah membunuh bapa mereka dan mendakwa mereka menjadi mangsa dera termasuk pukul dan rogol semasa di bawah jagaaan Mikhail.

Peguam Mari Davtyan berkata, Mikhail pernah menembak tiga beradik itu menggunakan pistol yang tidak boleh membunuh sebagai gertakan agar mereka takut dengannya.

Mereka tidak ragu-ragu yang dia (Mikhail) akan melepaskan tembakan kerana dia pernah melakukannya sebelum ini. Dia menembak anak-anaknya sendiri untuk keseronokan. Dia memeriksa pistolnya dengan menembak kaki anak perempuannya.

Hanya untuk gurauan. Dia menghalau mereka keluar untuk menggali kubur sendiri di dalam hutan. Mereka benar-benar percaya bahawa ini (ancaman untuk membunuh mereka) adalah benar.

Bukti baru menunjukkan, Mikhail telah membuat dan mengedarkan video lucah yang melibatkan anak perempuannya. Tetapi, peguam yang mewakili Mikhail, Olga Khalikova, mempertikaikan dakwaan penderaan seks dan pronografi.

Tiada kesan biologi yang mengesahkan berlaku penderaan seksual kanak-kanak. Tugas penyiasatan ini adlah untuk membuktikan Mikhail yang menghantar video ini, tetapi ia tidak dilakukan,” katanya.

Tiga beradik berkenaan bersedia untuk berhujah di mahkamah dan menegaskan tindakan mereka itu adalah untuk mempertahankan diri, di mana Krestina dan Angelina didakwa atas pertuduhan membunuh, manakala Maria pula dirawat di hospital psikiatri selepas disahkan mengalami masalah mental buat sementara waktu.

Peguam Davtyan berkata, pemeriksaan mengesahkan Mikhail menzalimi anak-anak perempuannya. Pakar mendapati, setiap mangsa mengalami sindrom penderaan dan gangguan tekanan selepas trauma semenjak 2014.

“Laporan mendapati Mikhail telah memanipulasikan anak-anaknya dengan ancaman, keganasan, penghinaan, memukul, mengejek mereka, selain penderaan fizikal dan seksual”.

Malangnya, ahli keluarga lain menuduh tiga beradik itu berbohong mengenai penderaan seksual dan mendakwa mereka membunuh Mikhail untuk mendapatkan wang.

Sumber: Daily Star

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0